Adakah makanan tambahan perlu?

Assalamualaikum and hi.. :)
Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah atas segala kurniaan-Nya.. :)

Belek2 akhbar.. terjumpa satu artikel ni.. So saya ringkaskan untuk tatapan kita bersama.. :)
  1. 1 kajan yg dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan ketiadaan pengambilan vitamin didapati antara penyebab penyakit kronik
  2. Seorang ahli Biokimiadari Kanada, Lyle McWilliam, mengatakan makanan tambahan merupakan satu keperluan seperti insurans kesihatan peribadi di mana makanan tambahan adalah penting untuk mengekalkan mutu kesihatan
  3. Antara kritiria yang perlu diambil kira apabila mengambil makanan tambahan ialah memastikan sama ada produk berkenaan mengandungi spektrum penuh nutrien  dan berupaya menyerap rumusan bio yang dobolehkan
  4. Pengguna juga perlu mengetahui tahap fungsi optimum bagi mengetahui keberkesanannya sebagai makanan tambahan
  5. Makanan kesihatan yang lengkap hendaklah mengandungi semua vitamin dan mineral penting yang boleh bertindak untuk melambatkan proses penuaan dan serangan penyakit kronik
  6. Dua bahaya utama pengambilan makanan tambahan jika seseorang cuba mendiagnos diri sendiri adalah tindak balas alahan dan juga dos berlebihan yang boleh mengakibatkan gangguan kepada sistem penghadaman 
  7. Bahan gantian yang boleh menyebabkan kerosakan kekal jika diambil dalam dos yang banyak dan tinggi seperti: 
               a) Asid nikotin - dikaitkan dengan kerosakan sel
               b) Fosforus - boleh merosakkan organ-organ dan tisu
               c) Zink - boleh merosakkan sistem pertahanan tubuh
               d) Kromium pinokulat - boleh menyebabkan kanser

Sumber : Berita Harian, Isnin, 29 Oktober 2012

Harap2nya, moga2nya kita mendapat manfaat bersama.. Insya Allah.. :)

No comments:

Post a Comment