Bestnya makan vitamin B-complex.. ;p

Assalamualaikum and hi.. :)
Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu serta jauhkanlah kami daripada neraka-Mu..

Nak tahu tak, apa manfaatnya vitamin B-complex ni? Kenapa saya mengatakan BEST makan vitamin ni? Rasanyakah? Teksturnyakah? Saiznyakah? haha.. bukanlah.. bukan semua tu tapi yang BESTnya adalah disebabkan oleh kesan-kesannya :
  • Menukar makanan kepada tenaga - Dapat membantu proses penghadaman, menukar  lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan ataupun kelesuan
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagibayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak ataupun tulang belakang
  • Rambut beruban dan gugur - Membaiki masalah kulit kepala, kelumumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
  • Baik untuk mata - Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus
  • Mencegah anemia - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau
  • Detoksifikasi - meredakan alahan
Seperti yang saya ceritakan dalam cerita B-complex, saya turut merasakan kesan-kesan di atas ini. Sampai rasa sayang nak tinggalkan amalan makan vit B-complex.. ;P

No comments:

Post a Comment