Kenapa badan kita memerlukan supplement?

Assalamualaikum and hi..
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.. :)

  "Saya sihat.. So buat apa nak ambil supplement?"
  "Bila dah sakitlah, baru ambil.."
  "Boleh percaya ke supplement2 ni?"  
  "Isy.. mahal la.. baik guna duit utk barang lain.."

Selalu jer kan dengar ayat2 ni bila soalan berkaitan 'makanan tambahan' diajukan.. So di sini saya sertakan 7 alasan mengapa kita sangat-sangat digalakkan untuk mendapatkan 'makanan  tambahan' :
  1. Tubuh kita ni perlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang badan kita dapat daripada makanan yang diambil. Cth : Vit E dan Vit C yang diperoleh daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti-penuaan
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah subur. Sekarang ni kan banyak guna racun perosak, racun serangga utk lindungi hasil tanaman kita. Bahan-bahan ni juga boleh mempengaruhi kualiti buah dan sayuran yang ditanam
  3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vit C dan enzim pula mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak. (Saya pernah melihat di satu kedai ni, penjual memotong buah tembikai sambil menghisap rokok dan asap rokok tu betul2 kena pd tembikai tu. Ini yang kita nampak, yang kita tak nampak??)
  4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh kita
  5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan
  6. Gaya hidup dengan 'trend' masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG
  7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan
Saja bold yg no.6 & 7 sebab sangat menepati dengan gaya hidup masyarakat sekarang. So now, nampak tak kepentingan untuk kita mengambil supplement ni? Kadang-kadang kita nampak sihat tapi sebenarnya kita tak tahu apa yang berlaku dalam tubuh kita ni. So, fikir-fikirkanlah.. :)

No comments:

Post a Comment