Sustained Release Vitamin C 500 mg

Assalamualaikum and hi..
Moga hari ini lebih baik daripada semalam dan semoga hari esok akan lebih baik daripada hari ini.. :)

Kenapa agaknya kita memerlukan vitamin C ni di dalam tubuh kita? Antara manfaat utama yang boleh kita peroleh daripada Vitamin C adalah :
  1. Membentuk kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen? Selalu dengar kan.. Kolagen ni merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Jadinya, kolagen ni dapat membantu mengurangkan kedut dan turut menghalang otot daripada menjadi lembik
  2. Membaiki simptom pendarahan - Tahu tak? kekurangan vitamin C adalah penyebab kepada gusi berdarah, lebam di kulit, pemuliharaan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar
  3. Meningkatkan sistem imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit. Selain itu, vit C ini tutut menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema
  4. Memerangi kanser - Merupakan satu-satunya anti-oksidaan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia dalam tubuh kita secara berkesan. Juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  5. Mencantikkan kulit - Pengambilan vitamin C setiap hari dapat mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen ni adalah penyebab utama kejadian jeragat
  6. Membaiki insomnia - Dapat membaiki insomnia, stress malah masalah berkaitan mental seperti keresahan
  7. Mengekalkan kolesterol sihat - Vitamin C juga mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi
Sharing is caring.. Moga kita dapat manfaatnya bersama.. Insya Allah.. :)

No comments:

Post a Comment