Anda stress? Jom kita makan pisang..

Assalamualaikum and hi..
Andai kita membantu insan lain, pasti Allah akan membantu kita.. :)

Pisang boleh dimanfaatkan daripada kulit hingga isinya. Kaya dengan vitamin, galian, gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga, selain rasa enak. Pisang mengandungi vitamin C dan ia bukan sahaja membantu sistem imunisasi, malah menggalakkan kulit sihat dan menawan.

Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan terutama bagi menegang, melembapkan kulit muka dan menjadikan wajah lebih berseri. 

Pisang boleh buat anda gembira. Protein dalam pisang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin.

Serotonin sejenis bahan mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan ragam diri dan secara keseluruhannya membuat anda gembira. Jika rasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang sambil rasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.

No comments:

Post a Comment