Keistimewaan Alfalfa Shaklee – Raja Segala Tumbuhan

Assalamualaikum and hi..

Orang kata tak kenal, makan tak cinta. Jadi, untuk kita lebih memahami dan mengenali tumbuhan Alfalfa ni, mari kita bersama-sama menyelusuri sejarahnya..

Alfalfa diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organic di California yang bebas daripada pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”.  Medicago sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan Alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya dua tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun Alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian-bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg Alfalfa.

No comments:

Post a Comment