Adakah suplemen kesihatan membantu penyusuan susu ibu?

Assalamualaikum and hi..
Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon ampun atas segala dosa-dosaku.. Amin..

Tahniah kepada anda kerana memilih untuk menyusukan si manja anda. Namun, perlu diingat, seandainya anda mengambil suplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu.Vitamin diambil demi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria, dan terus bersemangat dan secara tidak langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan antaranya bergantung kepada kesihatan si ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu :

LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN / LEBIH KERAP SESI PERAHAN 
MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin & konsisten :
  1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang berkerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong
  2. Si ibu memastikan pengambilan air secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang daripada 3 liter sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja
  3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi Muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berjalan dengan lancar 
Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
@ sms/whatsapp : 017-6734603 
@ emel : diana_1112@yahoo.com
@ facebook : Kekal Sihat & Cantik bersama Qaseh-delima 

No comments:

Post a Comment