Doa Murah Rezeki

Assalamualaikum
Ya Allah
Apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah
Apabila di dalam bumi maka keluarkanlah
Apabila di laut maka naikkanlah
Apabila jauh maka dekatkanlah
Sekiranya dekat maka permudahkanlah
Sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah 

Ya Allah
Berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut 
Berikanlah rezeki kepadaku sebagaimana yang kujangka
Dengan rezeki yang halal dan baik
Serta banyak lagi keberkatan 
Sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain daripada-Mu

Ya Allah
Jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas 
Dengan suka memberi dan menderma
Dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah 
Dengan suka meminta-minta
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu
Amin Ya Allah

No comments:

Post a Comment