Jerawat?? Tidaakkk...!!

Assalamualaikum

Cantik? Menarik? Sebagai kaum hawa, pastinya kita mahukan kulit muka yang cerah, halus, gebu dan yg paling penting bebas daripada jerawat.. Iya, jerawat merupakan musuh kulit no. 1.. so ramai la yang mencari cara2 yang boleh menyelesaikan masalah jerawat. Spa kecantikan, rawatan tradisional dan sekarang diet suplemen. Adakah diet suplemen ni membantu? Bagi saya, sebelum ambil mana2 produk, sila cari punca masalah jerawat anda dahulu.. Bila dah tahu puncanya, barulah kita tahu produk apa yang kita perlukan.. Dan, jawapan saya..

IYA, SUPLEMEN BOLEH MEMBANTU MASALAH JERAWAT, JIKA KITA AMBIL SUPLEMEN YANG BETUL..

Dari pengalaman pengguna2, dapat disimpulkan pengamalan Vit C, B-com & Vit E sangat membantu untuk menghasilkan kulit yang segar dan mengurangkan kesan parut manakala zinc complex pula untuk merawat masalah jerawat.. Bagaimana zinc complex membantu mengatasi masalah jerawat? In shaa Allah, akan saya kogsikan di entry akan dating..

Disebabkan masalah jerawat ni sangat2 popular, so jom kita tengok apa punca berlakunya masalah jerawat..

Masalah jerawat disebabkan oleh pengeluaran sebum daripada kelenjar di kulit muka dan tubuh badan kita. Sebum ini akan menyekat liang roma. Liang roma yang tersumbat amat senang untuk dijangkiti bacteria. Ini menyebabkan proses keradangan dan seterusnya menjadi jerawat.

Dalam bahasa mudah, jerawat ni terjadi disebabkan perkara-perkara berikut :

1) Gaya pemakanan
- Terlalu banyak makan makanan bergoreng / berminyak boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat
- Kekurangan air juga boleh menyebabkan toksin tidak dapat mengalir keluar melalui pembuangan air kecil. Ini akan menyebabkan toksin kekal lama di dalam badan dan menyebabkan jerawat semakin teruk

2) Sembelit
- Sembelit juga akan membuatkan toksin kekal dalam badan dan ini akan menyebabkan perjalanan darah tidak lancar. Toksin didimpan terlalu lama dalam badan dan akan dikeluarkan melalui jerawat

3) Kurang tidur
- Pembaikan sel-sel biasanya adalah pada waktu malam antara pukul 12 tgh malam -3 pagi. Jadi, sebaik-baiknya anda berada dalam keadaan rehat pada waktu ini (tidur).

4) Bakteria
Tentunya jangkitan bakteria juga turut menyumbang kepada masalah jerawat (bakteria Propionebacterium acnes)

5) Hormon tidak seimbang
- Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous gland). Pengeluaran minyak berlebihan akan menjadikan bakteria cepat membiak dan menyebabkan jerawat semakin teruk.

6) Penjagaan muka yang tidak berterusan
- Tidak mengamalkan konsep asas penjagaan muka iaitu dengan memakai cleanser, toner dan moisturizer secara konsisten. Penjagaan asas ini penting bagi memastikan kulit sentiasa bersih daripada kotoran luar dan sentiasa lembab. Sebaik-baiknya cuci muka sekurang-kurangnya 2x sehari.

7) Pemilihan produk kosmetik yang salah
-
Pemilihan produk yang kuat bahan didalamnya membuatkan masalah jerawat akan jadi lebih teruk. Selain itu sering bertukar memakai produk juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik. (Pakar Kulit saya juga menyatakan yang foundation tidak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah jerawat serius, sebab ianya boleh menyebabkan liang-liang roma tersumbat. Lagi pula, kita sendiri tidak tahu bahan apa yang digunakan dalam produk kosmetik tersebut).



Gambar rajah yang menunjukkan bagaimana jerawat terjadi

No comments:

Post a Comment