Kacang Soya dan Kesihatan

Kacang soya merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Banyak kajian tentang kacang soya telah dijalankan di antara tahun 80-an dan 90-an. Hasil kajian mendapati banyak penemuan saintifik telah membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh meningkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan. Antara kelebihan dan kebaikan kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut :

           I.      Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, iaitu, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan (vegetarian).

       II.      Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid (menopause).

         III.      Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemulsi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.

        IV.      Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan
masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

         V.      Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran.

Bagaimanakah memilih makanan tambahan kacang soya yang terbaik di pasaran?
  • Mesti memastikan barangan tersebut bebas daripada toksin dan “heavy metals”, bakteria, kulat dan aflatoksin serta racun serangga
  • Barangan soya sensitif terhadap kontaminasi, jadi mesti diproses di kilang yang diiktiraf HACCP(RvA) dan ISO9001:2000(UKAS), barulah dikatakan selamat dimakan.
  • Pastikan kacang soya adalah bebas daripadaUrinase Enzyme supaya tidak mendatangkan masalah gout.
  • Pastikan nisbah protein kapada karbohidrat adalah di dalam lingkungan 0.6-1.0 supaya tidak menjadikan anda gemuk atau menghasilkan bebanan kepada fungsi ginjal.
  • Pastikan barangan tersebut adalah “wholesome” dan bukan hanya protein soya isolate sahaja.
  • Pastikan ia kaya dengan asid amino perlu, asid lemak omega-3, dan zat kalium.
  • Pastikan ia bebas daripada bahan “thickener” dan perasa tiruan.  
Pilihan saya? Tentunya ESP Shaklee yang telah banyak memberi manfaat dan kelebihan untuk kesihatan tubuh badan saya.. :) 

Sumber artikel :
1) Jabatan Pertanian Negeri Perak
2) (Kim, Lin-Keong (2005) , Kacang soya & Kesihatan wanita. Majalah Rapi, edisi 1 Oktober 2005, bilangan 29)    

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah); 
@ sms/whatsapp : 017-6734603 
@ emel : diana_1112@yahoo.com 

No comments:

Post a Comment