Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Assalamualaikum

 Tadi saya pergi ke LPPKN untuk teman my mom buat pemeriksaan pap smear. Sambil menunggu, ternampak satu pamplet tentang 3 Langkah Mudah Untuk Menjaga Kesihatan Payudara. Samada kita sedari atau tidak, di Malaysia, di kalangan wanita, kanser payudara adalah tinggi diikuti dengan kanser pangkal rahim. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini. Jadi setiap wanita disarankan melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) secara berkala bermula dari umur 20 tahun. Hanya dengan mengamalkan 3 langkah mudah, kita dapat mengesan tanda-tanda awal kanser payudara.

1) Lihat
Bagaimana melihat perubahan pada payudara? Sepanjang pemeriksaan, anda hendaklah berpusing ke kiri dan ke kanan sambil melihat payudara di cermin. Perhatikan adakah terdapat sebarang perubahan pada payudara anda melalui posisi berikut:
  • Letakkan tangan di sisi
  • Angkat kedua tangan ke atas kepala anda
  • Letakkan tangan anda di pinngang dan tolakkan siku ke hadapan
2) Rasa
Bagaimana merasa perubahan pada payudara?
  • Rasa setiap bahagian pada payudara
  • Gunakan tapak jari-jari untuk memeriksa benjolan atau penebalan
  • Gerakkan jari ke seluruh payudara termasuk puting dan ketiak
  • Ia boleh dilakukan sambil berbaring atau bersabun ketika mandi
3) Respon
Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit payudara
  • Perubahan warna dan tekstur
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara
  • Lelehan yang tidak normal dari puting
  • Sakit payudara yang berterusan
  • Terasa ketumbuhan / ketulan di payudara

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Klinik LPPKN

No comments:

Post a Comment