The Loneliness of Self-discipline

Assalamualaikum

Tidak dinafikan seperti wanita-wanita lain, saya juga amat menitik beratkan soal keterampilan diri. Saya sangat obses andainya saya ‘terlebih berat badan’. Sebabnya, sukar nanti untuk saya mencari / membeli baju yang bersesuaian. Dan saya percaya untuk mengekalkan berat badan dan menjaga kesihatan diri secara konsisten, kita perlu ambil makanan yang sihat serta banyak bergerak / bersenam.


EAT WELL + MOVE MOVE = LIVE MORE


Di sini saya kongsikan bersama anda jenis senaman yang kerap saya lakukan. Mula-mula memang terasa seperti seksa tetapi lama kelamaan saya jadi seronok pula.

1) Berjoging
Saya selalu berjoging pada waktu pagi sebelum pergi ke kerja. Kira-kira 600m di sekitar kawasan perumahan. Letih? Tidak sama sekali sebaliknya saya jadi lebih segar & ‘fresh’ apabila ke pejabat. Yang pentingnya, jangan abaikan sarapan anda. Biasanya saya akan ambil minuman berprotein untuk ‘refill’ tenaga yang telah digunakan. Dan semestinya ESP Shaklee menjadi pilihan saya.

2) Senaman ringan
Senaman yang menjadi pilihan saya adalah daripada aplikasi Android iaitu Daily Butt Workout, Daily Leg Workout dan Daily Abs Workout. Senaman ringan yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Tidak perlu lama, cukup sekadar 5 - 10 minit. Yang penting, konsisten. Dan kalau terlebih rajin, saya akan melakukan Daily Workout yang lainnya. Anda boleh muat turun aplikasi ini di sini.

3) Exercycle
Yang ini jarang-jarang saya lakukan kerana fungsinya adalah sama dengan senaman ‘Daily Leg Workout’ yang biasa saya lakukan iaitu untuk kekuatan bahagian bawah tubuh. Saya hanya menggunakannya apabila bosan dengan rutin senaman saya ataupun ketika berseorangan. Kebiasaannya saya menghabiskan masa 10 - 15 minit untuk senaman ini.

4) Latihan aerobik
Walaupun ramai yang menggemarinya tetapi saya kurang minat melakukannya. Sebabnya, saya selalu terlepas langkah-langkah yang diajar. Akibatnya, saya seperti hilang arah dan akhirnya saya menyerah kalah. Tetapi kalau ramai-ramai yang melakukannya, pasti seronok..!!

5) Mesin urut Ogawa
Hanya apabila kemalasan berada di tahap maksimum. Sambil sapu minyak pati halia Mustajab, sambil lakukan urutan gegaran di perut. Walau kesan tidak seberapa, tetap berpuas hati.

Tidak banyak yang saya lakukan tetapi cukuplah sekadar yang termampu untuk kesihatan ini. Daripada tiada langsung, betul tak? Kesimpulannya, untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu berusaha. Dan andai itu untuk kebaikan kita, apa salahnya kita berkorban sedikit. Selamat bersenam semua..!!

No comments:

Post a Comment