Tip-tip untuk seronok bersenam


Assalamualaikum

Saya bukanlah ahli sukan, jauh sekali pakar sukan. Sekadar berkongsi apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman sendiri, keluarga, rakan-rakan dan pemerhatian terhadap orang awam. Tip-tip saya pun bukanlah berkaitan sains sukan. Hanya yang mudah-mudah yang boleh membuatkan orang tertarik untuk beriadah. Tujuan saya hanya satu. Mahukan anda semua keluar beriadah, hilangkan ‘stress’ di samping menjaga kesihatan diri sendiri. Jangan manjakan diri sangat. Sekali sekala keluarkan peluh apa salahnya.
 

Bagaimana saya jadikan senaman sebagai satu hobi?

v  Saya mempunyai teman yang mempunyai minat dan keinginan yang sama. Jadi, apabila melakukan senaman berdua, tidaklah rasa ‘lonely’ ataupun bosan. Apabila penyakit ‘M’ datang, teman saya beri semangat dan begitulah sebaliknya. Kami saling menyokong antara satu sama lain.

v  Apabila melakukan senaman bersendirian, saya gemar mendengar lagu melalui earphone. Melayan  lagu sambil bersenam membuatkan kita leka dalam alunan muzik dan seterusnya menyebabkan kita ‘lupa’ bahawa kita sedang berjoging / berlari. Sedar-sedar sahaja sudah tiba di penamatnya.

v  Berjoging di kawasan taman. Pemandangan yang luas akan membuatkan fikiran kita lapang. Dengan melihat pemandangan yang pelbagai, beserta ramai insan yang sedang beriadah akan menambah semangat kita kerana kita tahu kita berada dalam kelompok yang sama.

v  Pelbagaikan jenis senaman anda. Ada pelbagai jenis sukan / senaman. Cari kegemaran anda dan lakukannya. Apabila ada keseronokan, pasti anda tidak sabar untuk melakukannya. Lakukan yang anda suka dan tinggalkan yang tidak gemar. Ingat, pasti ada kesukaan anda.

v  Jangan berhenti apabila telah memulakannya. Walaupun meninggalkannya sehari. Sebab ini akan membuatkan kita perlu kembali ke titik permulaan. Mengumpul semangat kembali. Mengumpul kekuatan kembali. Untuk memulakan kembali. Biar senaman yang dilakukan sedikit tetapi konsisten.

Ini adalah antara tip-tip yang saya amalkan untuk terus menyahut seruan kerajaan agar bersenam. Walau tidak seberapa tetapi berjaya meninggalkan impak positif kepada diri saya. Titik permulaan saya adalah obses untuk kurus. Dan saya menukarkan obses saya kepada perkara positif. Saya percaya anda juga pasti boleh melakukannya.

1 comment:

  1. bagus tips admin utk kali ni. I like. I selalu excersice dlm gym je. kkdng bosan jgk. esok boleh lah nk try gi lari tepi pantai. huhu. ubah sikit cara bersenam, bru jd happy kan.
    Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete