10 Sebab kenapa kita perlu senyum..~

Assalamualaikum w.b.t
Adussh.. lama pula tidak update blog ni kan.. Tapi tak apa.. starting today, saya akan pastikan saya update everyday.. I repeat EVERYDAY, seandainya tiada aral melintang. In shaa Allah segala cerita, kisah, tips yang berkaitan kesihatan dan kecantikan akan saya kongsikan dengan semua. Buat permulaan ni, jom kita senyum sesama sendiri (walaupun tak nampak kan.. ;p). Nak tau fakta menarik tentang senyuman? Come, mai saya habak sket..

① Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri (✿◠‿◠)

② Senyuman juga mampu mengurangkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat  ◠◡◠≦✌

③ Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktifkan bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, artritis dan juga ulser ◔◡◔≦

④ Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan merenggangkan otot di hujung mulut dan di sekeliling mata. Kajian menunjukkan senyuman merupakan respons daripada rangsangan tertentu yang mengambarkan kegembiraan¬)

⑤ Penyelidik Jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi raut wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya \ (••) /

⑥ Universiti Illinois, Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum (─‿‿─)

⑦ Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira ◉◡◉≦

⑧ Tahukah anda, apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan antibodi dan sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan (>‿◠)

Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan peristalsik (gerakan otot pada saluran pencernaan) usus masih perlahan, namun apabila anda tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman anda tadi (͡° ͜ʖ ͡°)

Senyuman juga boleh dijadikan penawar untuk penyakit rohani yang kronik

Semuanya baik2 dan best2 saja kan? Jadi, tak salah kalau kita sentiasa senyum pada orang lain. Hati orang tak sakit, kita pun dapat kebaikan juga. Lagipun, senyuman itu kan satu sedekah. Walaupun kita dilanda masalah, keep smiling. Tak perlu tunjukkan pada satu dunia “aku tengah bermasalah ni. Tolong jangan kacau aku” It’s not a good attitude, rite? Hadapi masalah anda dengan tenang dan senyuman. Ketenangan itu yang akan membuka ruang penyelesaian masalah anda.

Keep Smiling
Keep Smiling, peeps..!!

No comments:

Post a Comment