10 sebab mengapa doa ditolak Allah

Assalamualaikum

Pernah tak kita rasa pertolongan tidak datang pada masa yang kita harapkan? Ataupun kita merasakan doa kita lambat atau tidak dimakbulkan Allah? Saya pernah merasa seperti itu. Tapi bila difikirkan kembali, Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita Sebagai seorang hamba, kita perlu sentiasa berusaha untuk mencari hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

***************************

Ketika Ibrahim b Adham, seorang ahli sufi berada di tengah-tengah pasar Bssrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Antara mereka ada yang bertanya.
" Mengapakah doa kami tidak dimakbulkan oleh Allah, sadangkan kami bermohon kepada-Nya?"
Ibrahim menjawab,
" Kerana hati mereka buta disebabkan 10 perkara. "
(1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya

(2) Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu meninggalkan sunnahnya

(3) Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya

(4) Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya

(5) Kamu berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya

(6) Kamu berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya

(7) Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya

(8) Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya

(9) Kamu bangun tidur, lalu kamu ceritakan semua keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban sendiri

(10) Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu), tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka
Dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak terurai, kecuali menerima kehendak Allah. Dalam hati manusia ada keganasan, dan tidak hilang kecuali berjinak dengan Allah. Dalam hati manusia ada kesedihan, dan tidak hilang kecuali seronok mengenali Allah. Dalam hati manusia ada kegelisahan, dan tidak tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya. Dalam hati manusia ada penyesalan, dan tidak padam kecuali reda dengan suruhan dan larangan-Nya, qada' dan qadar-Nya serta sentiasa sabar sehingga menemui-Nya. Dalam hati manusia ada hajat tidak terbendung kecuali kecintaan terhadap-Nya dan bermohon kepada-Nya.
- Ibnu Qayyim -

No comments:

Post a Comment