Diari Ramadhan.. Jadual pengambilan vitamin semasa berpuasa..~


Assalamualaikum w.b.t
Ramadhan semakin hampir. Jadi apakah peersediaan kita kali ni untuk menghadapi Ramadhan? Adakah sama seperti tahun-tahun lepas? Bagi sesiapa yang inginkan perubahan dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ni, saya sarankan baca buku ‘Contengan Jalanan’ karya Hlovate. Kenapa? Sebab dalam novel tu ada menggambarkan tentang sambutan Ramadhan yang lain daripada yang lain. Apa yang lainnya? Sila baca sendiri. Baru ada feel nanti.. ;p Dan korang tak perlu risau, novel ni bukannya menggunakan ayat2 skema tetapi cukup santai untuk menarik perhatian pembaca meneruskan bacaan. Trust me.

(Saya tak ada share langsung dengan Hlovate ya. Hanya suka membaca karyanya kerana banyak membuka mata dan mengubah persepsi saya tentang kehidupan kita di dunia ni. Hlovate berkarya tentang kehidupan. Tentang cinta. Cinta pada-Nya)

Contengan Jalanan

Untuk Ramadhan tahun ni, saya mensasarkan untuk :
① Khatam Al-Quran
② Solat Sunat Tarawih setiap malam
③ Perbanyakkan bersedekah
④ Qiamulail sekurang-kurangnya 2x seminggu
⑤ Elakkan pembaziran makanan semasa berbuka puasa

Diari Ramadhan


Sebenarnya, target ni adalah sama je untuk setiap tahun. Cuma selalunya kecundang di tengah jalan. Sangat berharap hati ini tabah dan kuat untuk mengharungi segala cabaran di bulan Ramadhan nanti. Doa-doakanlah ya. Thank  you in advanced..~

Walaupun bulan Ramadhan, bisnes Shaklee saya tetap berjalan seperti biasa. Jadi, tak ada masalah untuk korang order or nak minta konsultasi percuma daripada saya. Oh ya.. Walaupun berpuasa, vitamin-vitamin korang tu jangan pulak ditinggalkan ya. Pengambilan suplemen tetap macam biasa. Yang bezanya, waktu makan vitamin sahaja.

Jadual Pengambilan Vitamin Semasa Berpuasa

Jadi, tak ada masalah kan? Mungkin ada SID lain yang mencadangkan cara pengambilan yang berbeza. Saya sendiri memang mengamalkan pengambilan Set Kesihatan Optimum (Vita-Lea | B-complex | Vita-C) selepas makan sahur. Sebabnya vitamin 3 serangkai ni dapat membantu penyerapan nutrien dengan lebih berkesan dan yang bestnya turut memberikan tenaga tambahan semasa berpuasa nanti. Syaratnya, kena banyak minum air lah. Biasanya  saya akan ambil 500ml - 1 liter air putih semasa bersahur.

Selamat berpuasa, semua.. :) Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada Ramadhan yang lepas. Penuhi bulan penuh barakah ini dengan pelbagai amalan sunat. Jom kita berlumba kumpul pahala (Peringatan untuk diri sendiri juga).

No comments:

Post a Comment