Dunia Shaklee Saya.. Business Shaklee Saya..~


Assalamualaikum w.b.t
Bila saya sebut Dunia Shaklee Saya, bukanlah bermaksud, makan Shaklee, tidur Shaklee, minum Shaklee, apa-apapun semuanya Shaklee. Saya tidaklah obses sehingga begitu sekali. Tapi saya akui Shaklee is one of my passion right now. Saya mensasarkan impian yang besar bersama Shaklee. Well, everything start from a dream, right? Tapi, impian hanya tinggal impian kalau tidak disertakan dengan tindakan. Remember that.

Setiap hari, ada beberapa perkara yang saya ‘wajib’kan diri saya untuk buat regarding to Shaklee business:

① Membaca kisah motivasi | inspirasi | kisah kejayaan daripada mentor2 Shaklee
- Penting untuk memberi aura positif pada diri sendiri supaya terus berpegang pada cita-cita nak dapat 6-angka pendapatan bersama Shaklee. Kata nak ‘aim BIG’ kan..

② Update Facebook Personal
- Biasanya update tentang kesihatan secara umum, motivasi dan serba sedikit tentang perkembangan diri. Tak exposed sangat tentang produk Shaklee. Takut orang bosan, terus kena banned nanti. Tapi sekali sekala kena selitkan juga tentang Shaklee nak bagi orang aware tentang kewujudan kita sebagai SID.

③ Update Facebook Fanpage
- Kat sini baru gila-gila promosi produk. Sebab orang memang tahu ni page tentang Shaklee. Sambil selit-selitkan juga tentang tips2 kesihatan secara general dan kata-kata motivasi.

④ Update Blog
- Setiap hari memang nak kena fikir entry untuk blog. Sebab dah target 1 hari 1 entry. Jadi kena banyak membaca untuk tambah ilmu dan juga tambah idea untuk tulis entry. Blogwalking juga masuk dalam list. Nak cari idea menulis di samping promosi blog dan tambah kenalan maya.

⑤ Study Products Knowledge
- Dah namanya SID ‘wajib’lah kena study produk. Kalau tak macam mana nak jawab soalan customer nanti?

Dan setiap minggu, saya akan review marketing strategies yang saya lakukan. Berkesan ke tidak. Menjadi ke tidak. Al-maklumlah, saya bukannya graduan dari jurusan perniagaan. Jadi, nak atau tidak, suka atau tidak, kenalah buat try and error. Belajar dengan mentor pun iya juga. Tapi tak kanlah nak harapkan mentor semata-mata. Yang penting kena ada inisiatif sendiri, betul tak?
One step at a time

Kalau ada sesiapa yang berminat nak join business Shaklee bersama saya, sekurang-kurangnya korang dah dapat gambaran apa yang perlu dilakukan bila mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor. Dan sebenarnya ada tips yang Super Hebat daripada perkara2 di atas. Nak tahu apa dia? Boleh hubungi saya untuk dapatkan tip EKSKLUSIF tersebut. Sangat mudah. Hanya mahu atau tidak sahaja.

p/s : Next entry saya akan ceritakan pula tentang vitamin-vitamin Shaklee yang saya amalkan.

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
sms/whatsapp : 017-6734603
emel : diana_1112@yahoo.com  

1 comment:

  1. wow hebat semoga cik lebih cemerlang pada masa hadapan..silalah singgah ke blog saya jika sudi www.rayflexs.blogspot.com

    ReplyDelete