Hadiah istimewa untuk Hari Bapa..~


Assalamualaikum w.b.t
Sepatutnya entry ni dibuat sempena Hari Bapa yang lepas. Tapi dek kekangan masa nak menulis, jadilah entry untuk hari ini. (Sebenarnya dok busy celebrate makan luar masa 16 hb tu. Hahaha.. ) Kira okaylah kan dari tak ada langsung.. ;p

Jadi, walaupun lambat, tetap nak wish jugak. Sebab hari bapa kan sepatutnya SETIAP HARI. Papa, Selamat Hari Bapa.. You are the BEST Papa in the world..~ Tahu, bukan senang nak jaga anak2 Papa ni, tapi Papa & Mama tetap membesarkan kami hingga kami jadi insan berguna. Sangat bersyukur kepada Allah kerana dapat jadi anak Papa & Mama. 

(Semua orang pun pasti bangga dengan ibu bapanya kan, sebab setiap ibu bapa pasti ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri).

Selamat Hari Bapa

Sempena Hari Bapa ni, saya nak kongsikan tentang suplemen Shaklee yang sangat bermanfaaat untuk kaum Adam. Pernah dengar tentang Men’s Vital Health Set? Kombinasi vitamin2 tertentu khusus untuk kesihatan lelaki. Apa kelebihan ‘vitamin-vitamin tertentu’ ni untuk mereka yang namanya LELAKI? Okay.. Sabar dulu ya. Kalau dah tak boleh nak sabar, jom teruskan membaca.

Tumbuhan Polyphenols - Kajian menunjukkan bahawa polyphenols berfungsi dalam mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan pertambahan usia seperti penyakit kardiovaskular ataupun penyakit yang berkaitan dengan inflamasi seperti arthritis, diabetes dan alzheimer. Melalui kajian saintifik, polyphenols yang diekstrak daripada Muscadine grapes, Polygonum cuspidatum, Purple carrot dan European Elderberry, menunjukkan peningkatan dalam kesihatan tubuh badan serta memberikan badan lebih bertenaga.

CoQ10 dan Minyak Ikan Omega - Suplemen yang mengandungi CoQ10 dan Minyak ikan Omega membantu dalam kesihatan jantung. CoQ10 berfungsi untuk memberi tenaga kepada jantung untuk bekerja dengan lebih efisien. Minyak ikan Omega pula memainkan peranan penting dalam melancarkan perjalanan darah.  Bagi mereka yang mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular ataupun kandungan kolesterol yang tinggi, minyak ikan Omega dapat membantu menguatkan tisu jantung dan meningkatkan fleksibiliti salur darah.

Vitamin E - Tahukah anda, di Malaysia, kadar kesuburan lelaki MENURUN dari 15% kepada 30% sepanjang 5 tahun lepas? Pengambilan suplemen Vitamin E menunjukkan  dapat membantu merawat masalah ketidak suburan lelaki dan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser prostat. Sebagai antioksidan, Vitamin E juga membantu melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser.

Zinc - Zinc merupakan mineral yang sering dikaitkan dengan sistem reproduktif lelaki. Secara amnya, mereka yang mempunyai kadar zinc yang rendah mempunyai potensi yang tinggi untuk masalah ketidak suburan. Disebabkan itu, zinc dipercayai memainkan peranan penting dalam meningkatkan jumlah dan pergerakan aktif sperma.

Berminat untuk hadiahkan kepada ayah / suami / abang / sesiapa sahaja insan yang bergelar lelaki? Boleh hubungi saya, ya.. :)

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
sms/whatsapp : 017-6734603
emel : diana_1112@yahoo.com  

No comments:

Post a Comment