Happy birthday, Mama.. VIVIX untuk kesihatan Mama & Papa~


Assalamualaikum w.b.t
Hari ini, tanggal 18 Jun merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Mama yang ke-59 tahun. Sepanjang 29 tahun saya hidup di dunia ni, sememangnya Mama banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan mental & fizikal. Kalau tak ada mama, tak tahulah apa yang akan jadi kat saya sebab saya ni memang mudah patah semangat dan kurang keyakinan diri (Itu dulu ye.. Sekarang ni dah tinggi keyakinan diri hasil dorongan Mama). Terima kasih Ya Allah, masih meminjamkan Mama buat kami 5 beradik.

Dari bulan lepas lagi dok fikir nak bagi hadiah apa kat Mama. Hadiah apa yang terbaik buat Mama tersayang. Kalau barangan, takut pilih tak kena taste Mama pulak. So, lepas fikir panjang, buat pengiraan (tambah tolah darab bahagi), saya buat keputusan untuk belikan Mama suplemen VIVIX Shaklee. Memandangkan status kewangan yang belum nak mewah lagi, saya plan untuk berikan sebotol VIVIX untuk Mama untuk dikongsi bersama Papa. Mama sempena birthdaynya, Papa pula sempena hari bapa pada 16 Jun lepas. Kira fair & square la kan. Sama-sama dapat.



Kenapa saya hadiahkan Vivix pada Mama & Papa?
① VIVIX adalah suplemen kesihatan terbaik Shaklee. Sudah tentu saya nakkan yang terbaik buat Mama & Papa.
② VIVIX ni terkenal dengan fungsi ANTI-PENUAAN sellular. Jadi saya mengharapkan VIVIX dapat membantu membaiki sel-sel dalaman Mama & Papa supaya insan2 tersayang ni dapat terus hidup dalam keadaan sihat & walafiat. Bukan apa, bila usia makin meningkat, banyak proses dalam tubuh kita ni pun menurun prestasinya. Nak buat kerja lebih sedikit, letih, penat. Papa pula masih lagi bekerja. Semoga VIVIX dapat membantu kesihatan Mama & Papa secara keseluruhannya (of course dengan izin Allah jua).
③ Alhamdulillah.. Mama & Papa tiada penyakit kronik, berkat penjagaan makan sejak muda lagi. Tapi, kita tidak tahu akan datang, kan? Orang tua-tua kata, ‘Sediakan payung sebelum hujan’. Eh, macam tak kena pulak pepatah ni. Okay, tukar pepatah, ‘Beringat sebelum kena’. Semoga Mama & Papa sentiasa sihat sejahtera di bawah lindungan Allah swt. Amin..


♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

Sedikit info tentang VIVIX, ya..
Di dalam kajian makmal, ramuan VIVIX telah menunjukkan ia memberi impak kepada 4 mekanisma utama penuaan pada tahap sellular:
① Melindungi dan membaiki sellular DNA
② Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
③ Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria
④ Melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End products)
Selain itu, VIVIX jugamenolong membantu menjaga / memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, pelindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan.

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦


Tapi, bukanlah niat saya untuk lawan kuasa Tuhan dalam menentukan atau melambatkan ajal maut seseorang. Iya, saya tahu kalau kita ambil suplemen / ubat terbaik sekalipun, if masanya sudah sampai, pasti ianya akan berlaku. Saya cuma nakkan yang TERBAIK buat Mama & Papa. Itu sahaja..


No comments:

Post a Comment