Jerebu & Kesihatan.. Langkah Elak Dijangkiti Penyakit Semasa Jerebu..~


Assalamualaikum w.b.t
Hari ni saya nak kongsikan sedikit info tentang jerebu. Al-maklumlah, keadaan jerebu sekarang dah semakin teruk. Banyak sekolah yang dah ditutup buat sementara waktu. Rasa kesian pula pada kanak-kanak, khususnya. Jadi kat sini saya nak ceritalah serba sedikit tentang jerebu dan tips yang boleh digunakan semasa menghadapi situasi ini. Moga ianya bermanfaat buat semua.

Apa itu jerebu?
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.

Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?
Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:
  • Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
  • Ozon
  • Gas karbon monoksida
  • Gas nitrogen dioksida
  • Sulfur dioksida
Apakah punca - punca jerebu?
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
♦ ♦HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU ♦♦

Apakah Indeks Pencemaran Udara?
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.

Nilai IPU:
Nilai IPU
Status Kualiti Udara
Diskripsi
0 hingga 50
Baik
51 – 100
Sederhana
101 – 200
Tidak sihat
Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas
201 – 300
Sangat tidak sihat
Orang ramai terjejas
Lebih daripada 300
Bahaya
Orang ramai terjejas

Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.

Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Serangan jantung
  • Gatal–gatal pada tekak
  • Gatal–gatal pada mata
  • Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
  • Gatal–gatal pada kulit
Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;
  • Kanak–kanak
  • Warga emas
  • Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
  • Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
  • Perokok
Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?
Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.
  • Kurangkan aktiviti luar.
  • Jangan merokok.
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  • Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
  • Dapatkan nasihat perubatan.
  • Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
  • Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
  • Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
  • Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
  • Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.
Jerebu

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
»» Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari www.doe.gov.my/apims

Sumber rujukan : Portal MyHealth

No comments:

Post a Comment