Kenapa urin jadi kuning terang selepas makan B-complex?


Assalamualaikum w.b.t
Saya mendapat panggilan telefon daripada Kak Zie, seorang customer saya. Kak zie kata dia risau sebab lepas makan Shaklee, urin dia jadi kuning sangat. Sampai takut jadinya. Iyalah, sebelum ni warna urin okay je, lepas consume Shaklee, macam tu pulak jadinya. Mestilah cuak, kan. A day after, seorang lagi customer saya mengadu hal yang sama. So, ada tak antara korang yang consume produk Shaklee jadi macam ni? Sila angkat tangan ye.. ;p

Okay, firstly.. Kak Zie beli Vita-lea and B-complex. Tujuannya untuk menambah tenaga sebab lately Kak Zie kata dia asik rasa penat jer. So harap2 Shaklee dapat membantu. Kalau ikut fungsi vitamin serta testimoni pengguna Shaklee, sememangnya Vita-lea dan B-complex mampu menyumbang kepada penambahan tenaga segera.

(In fact, ada seorang rakan saya turut menyatakan hal yang sama. Katanya, dia selalu perasan yang kalau dia tak ambil B-complex pada siang hari, malam tu dia akan rasa lesu sangat)

Jadi, soalannya.. Apakah yang membuatkan urin jadi kuning yang amat? Iya, betul lah tu. B-complex yang bewarna kuning tu lah penyebabnya. Kalau kita ingat balik, masa belajar SAINS tingkatan 2 kot, kita ada belajar tentang jenis2 vitamin. Ada vitamin larut air dan ada vitamin larut lemak (A, D, E dan K). B-complex adalah termasuk dalam vitamin larut air dan tidak disimpan di dalam badan, seperti beta-karotena dan vitamin E. Disebabkan sifatnya yang larut air, maka ianya akan dikeluarkan bersama urin apabila tidak diperlukan oleh tubuh.

Perubahan warna urin  bergantung kepada jenis Vitamin B yang anda ambil, tak kiralah apa2 brand sekalipun, termasuklah Shaklee. Vitamin seperti Vitamin B1 (thiamine), Vitamin B3 (niacin) dan juga Vitamin B6 (Pyridoxine) dikenali sebagai berwarna putih dalam bentuk semula jadi mereka. Oleh itu, tiada perubahan ketara dalam warna urin anda. Tapi, Vitamin B2 (Riboflavin) adalah berwarna jingga dan oleh itu, ia juga mungkin menjadikan urin anda berwarna jingga / kuning terang. 

B-complex

Jadi tak perlu risau, okay. It’s normal. Kalau urin korang tak bertukar warna, itu patut korang risau. Maknanya vitamin B korang tak larut air. Tak larut air, macam mana sel2 nak serap? Tapi, kalau korang tak nak warna urin jadi kuning terang, korang minumlah air putih banyak2. Conform urin korang jadi tiada warna. Tak percaya? Sila cuba.

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
sms/whatsapp : 017-6734603
emel : diana_1112@yahoo.com  

3 comments:

  1. Memang saya punya air urin pun warna mcm tu...so rasa lega bila baca explanantion ni. Thanks for the info. Sgt membantu

    ReplyDelete
  2. sya bru start ambik..terkejut tgk urin kuning..tpi mungkin sebab tindak balas juga kan

    ReplyDelete
  3. sya bru start ambik..terkejut tgk urin kuning..tpi mungkin sebab tindak balas juga kan

    ReplyDelete