Kisah Aku [Part 2] - Hidayah Allah


Assalamualaikum w.b.t. 

Sambungan daripada Kisah Aku Part 1

Tanpa diduga, datang satu bisikan baik yang berbisik kepadaku. Kembalilah kepada yang asas. Kembalilah kepada asas agama itu sendiri. RUKUN IMAN, RUKUN ISLAM dan IHSAN. Iya, sememangnya aku sudah mengetahui tentang perkara-perkara itu kerana sedari kecil, aku diajar tentang rukun-rukun tersebut. Aku belajar dan aku menghafaz segala isi-isinya dengan jayanya. Namun, aku tidak mendalaminya. Aku tidak berusaha untuk memahami maksud sebenar-benarnya. Perkara yang nampak senang tetapi seringkali aku terlepas pandang. Aku hanya memahami maksud tersurat, bukan isi tersirat. Islam itu mudah. 

Dulu, semasa sekolah rendah, aku diajarkan cara-cara untuk mengerjakan solat. Apakah hukumnya, apakah solat sunat, syarat sah solat, rukun solat, sunat dalam sembahyang, perkara yang membatalkan solat, solat jamak dan qasar dan segala perkara yang berkaitan dengan solat. Kubuka semula buku agamaku, kupelajari semula rukun-rukun solat. Aku refresh kembali apa yang pernah didengarkan di telingaku. Alhamdulillah.. Tuhan masih menyayangiku. 

Dengan berpegang pada rukun-rukun solat tersebut, aku berusaha menjaga solatku. Ini adalah sebagai langkah permulaan. Aku berusaha untuk membaca surah Al-Fatihah beserta tajwid yang betul. Terima kasih kepada Allah yang telah memberi peringatan dan pengajaran-Nya. Bacaan Al-Fatihah yang sempurna diperdengarkan oleh Ustaz Don Daniyal. Maha Suci Allah. Sungguh indah surah Al-Fatihah, apatah lagi apabila memahami maksudnya. Dan aku berazam untuk membaca terjermahan Al-Quran pula selepas ini. Aku yakin pasti banyak ilmu yang akan aku peroleh melalui pemahaman ayat-ayat Al-Quran. In shaa Allah.

Hidayah Allah

No comments:

Post a Comment