Rezeki itu Allah yang pegang..~


Assalamualaikum w.b.t
“Benarlah kita kena berusaha, tetapi rezeki itu datang daripada Allah”

Sejak saya menceburi business Shaklee ni (ewahh), saya selalu saja didedahkan dengan amalan rohani sebagai usaha untuk kita mendapatkan rezeki yang lebih. Antara amalan yang diajari mentor saya adalah melakukan solat sunat Dhuha, solat sunat Tahajud, solat sunat Hajat, zikir2, Al-Mathurat dan banyak lagi amalan2 sunat yang lain. Kenapa? Jawapannya mudah. Sebab kami percaya rezeki itu Allah yang pegang. Jadi, kami meminta hanya kepada-Nya.

Tapi, adakah itu bermaksud kita tidak perlu melakukan usaha fizikal? Hanya bergantung 100% pada amalan rohani? Sudah tentulah TIDAK. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan. Maksudnya, kita kenalah berusaha sedaya upaya, sebaik2nya dan pada masa yang sama, mohon doa dan bertawakkal kepada Allah. Itulah usaha yang sebaik-baiknya.

Rezeki Allah

Cerita 1:
Ada satu cerita yang ingin saya kongsikan sebenarnya. Bulan ni kan promosi MEAL SHAKES. Beriya saya promote di personal Facebook dan Fanpage saya. Dalam fikiran saya, saya menjangkakan pasti saya dapat banyak customer daripada medium Facebook. Namun, di luar pemikiran saya, Allah telah menentukan rezeki saya bukan hanya daripada Facebook semata-mata. Walaupun saya tidak mengedarkan flyers kepada orang ramai, tetap ada customer lain yang sampai kepada saya. Melalui perantaraan orang. Hanya dengan melihat botol2 vitamin kawan saya ni, terus dia berminat mahu membelikan MEAL SHAKES untuk anaknya yang menghadapi masalah sembelit. Pelik bin ajaib bukan? Subhanallah. Maha Suci Allah. Benarlah, Allah yang menentukan rezeki setiap hamba-Nya.

Cerita 2:
Ada satu cerita lagi. Awal bulan hari tu, saya mendapat panggilan telefon daripada seseorang. Lepas sesi perkenalan pendek, terus dia kata dia nak order Set Kesihatan Optimum. Masha Allah. Serius waktu tu, saya sangat terperanjat. Bukan apa, selalunya bila ada orang pm/sms saya, tanya tentang suplemen ni, jarang atau lambat sangat nak close deal. Tapi, hanya dengan satu panggilan telefon, customer ni terus setuju dengan harga2 yang saya tawarkan, tanpa banyak cerita. Alhamdulillah. Rezeki daripada Allah. Nak tahu tak bagaimana dia dapat no telefon saya? Sebenarnya dia dapat info tentang suplemen daripada blog SID lain, tetapi Allah telah gerakkan mata dan hatinya untuk sampai ke page Facebook saya. Hebat kan kuasa Allah?

Jadi bila difikir-fikirkan, benarlah rezeki itu Allah yang pegang. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Yang penting, jangan putus asa untuk sentiasa berusaha dan bermohon pada-Nya. Kalau rezeki itu bukan sekarang, mungkin akan datang. Siapa tahu?

No comments:

Post a Comment