Vitamin E Untuk Kecantikan Kulit



Assalamualaikum

Vitamin E memang terkenal dalam pelbagai kegunaan termasuk untuk tujuan kecantikan kulit. Pendek kata, kalau ada masalah kulit or nak hilangkan parut jer, mesti orang akan suggest Vitamin E. Saya juga sejak dari kecil memang amalkan sapuan krim vitamin E di kaki dan tangan. Sebab memang banyak parut gigitan nyamuk masa kecil2 dulu. And now, Alhamdulillah, kulit pun dah makin cantik.. :)

Apa itu Vitamin E?
Vitamin E adalah komponen antioksidan larut lemak yang paling banyak terdapat dalam kulit. Ia dirembeskan pada permukaan kulit melalui sebum, satu bahan berminyak yang melapisi lapisan luar kulit. Rembesan Ini berlaku kira-kira 7 hari selepas pengambilan makanan yang kaya vitamin E, yang merupakan faktor pelindung penting di permukaan kulit. Badan kita menyimpan vitamin E di dalam sel-sel lemak kita, dan kita bergantung kepada pengambilan vitamin E yang mencukupi untuk mengekalkan tahap pelindungan yang optimum.

Bagaimana Vitamin E melindungi kulit kita?
Vitamin E juga adalah egen anti-radang yang kuat, juga berfungsi mempertahankan kulit daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel. Vitamin E bersama-sama dengan selenium memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap glutation dalam badan dan seterusnya meningkatkan lagi aktiviti antioksidan. Pengambilan Vitamin E yang mencukupi boleh mengelakkan kerosakan keradangan daripada pendedahan matahari, membantu mengurangkan penuaan dan risiko kanser kulit dari sinaran UV yang berlebihan.

Vitamin E juga terlibat dalam fungsi imun dan isyarat sel, peraturan gen, dan proses metabolik yang lain. Ia juga menyekat pembentukan asid arakidonik, yang mana ini boleh membantu memperbaiki keadaan kulit radang seperti dermatitis atopik dan psoriasis.

Ia adalah penting untuk makan makanan yang mengandungi vitamin E dengan banyak lemak untuk meningkatkan penyerapan vitamin E, yang merupakan vitamin larut lemak. 

Vitamin E Shaklee yang dilengkapi dengan selenium bagi meningkatkan kadar penyerapannya dalam tubuh kita

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah); 
@ sms/whatsapp : 017-6734603 
@ emel : diana_1112@yahoo.com  

No comments:

Post a Comment