Breastfeeding vs Formula feeding

Assalamualaikum w.b.t
Sebagai seorang ibu, pastinya uolls selalu fikirkan tentang pemakanan si anak, kan. Sebabnya pemakanan awal ni lah yang memainkan peranan penting dalam tabiat pemakanan diorang bila dewasa kelak.  Actually, uolls tak perlukan Degree in Nutrition pun untuk menyediakan makanan sihat buat anak-anak. Hanya dengan mengikuti beberapa panduan asas, In shaa Allah  dah boleh mewujudkan suasana untuk menggalakkan anak2 makan dengan betul dan sihat.

Infants (Bayi)
Untuk bayi, semestinya pemakanan mereka adalah susu. Pilihan yang ada samada susu ibu ataupun susu formula. Which one is better?

Breasfeeding vs Formula feeding

·         Pakar mengesyorkan agar ibu menyusukan bayi mereka secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga 12 bulan dan seterusnya. Even dalah Quran sendiri ada state tentang penyusuan ibu sehingga umur 2 tahun, sekiranya si ibu mahu sempurnakan penyusuan itu -->Surah Al-Baqarah, ayat 233
·         Samada si ibu nak menyusukan anaknya ataupun tidak bergantung kepada tahap keselesaan ibu serta gaya hidupnya sendiri.

Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin anda mahu pertimbangkan dalam membuat keputusan yang terbaik untuk anda dan bayi anda:


Breastfeeding
Formula feeding
Kelebihan:
  Sistem imun yang lebih kukuh, perlindungan terhadap jangkitan, alahan, asma, diabetes, obesiti dan penyakit lain
  The BEST option
  Bayi lebih bijak
  Lebih mudah untuk dicernakan
  Kos - It’s FREE!!
Kemudahan - Sedia ada dan fresh at the right temperature
  Memberi rasa yang berbeza kepada bayi, bergantung pada pemakanan si ibu
Tingkatkan hubungan emosi antara ibu dan anak
  Memberi faedah kepada si ibu juga - membina keyakinan; membakar kalori; membantu pengecutan uterus; mengurangkan risiko pemyakit kanser paudara, uterus dan ovari.
Kelebihan:
Kemudahan - Sesiapa pun boleh memberi makan kepada bayi; Tidak perlukan jadual pam ataupun penyusuan; tidak perlu mencari tempat yang private untuk menyusu
Kekerapan bayi menyusu kurang disebabkan makanan lambat dicerna
Ibu tidak perlu bimbang tentang amalan pemakanannya yang akan memberi kesan kepada bayi melalui pemberian susu ibu







qaseh-delima.blogspot.com


Selain itu, terdapat juga cabaran bagi menjayakan kedua-dua kaedah penyusuan ini. Antaranya termasuklah:


Breastfeeding
Formula feeding
Cabaran:
  Latch-on pain (Rasa sakit adalah normal untuk 7 - 10 hari yang pertama; sila berjumpa dengan pakar laktasi sekiranya rasa sakit berlanjutan)
  Kadar kekerapan bayi untuk menyusu adalah lebih tinggi disebabkan susu mudah dicernakan; memerlukan komitmen yang tinggi daripada ibu (Memerlukan pengurusan masa serta disiplin yang tinggi)
  Pengambilan kafeina adalah terhad
  Ibu perlu sentiasa dalam keadaan sihat untuk memberikan susu terbaik untuk bayinya
Cabaran:
Pengendalian peralatan penyusuan mestilah bersih dan selamat - pensterilan botol susu dan puting
Keselamatan serta status halal produk di pasaran
High cost..!!
Kekurangan antibodi
Memerlukan keserasian dengan keperluan bayi kerana bayi membesar
Kemungkinan untuk sembelit


 qaseh-delima.blogspot.com
  
Rasa-rasaya, susu mana yang lebih baik? Masing-masing ada kelebihannya. Yang penting ikut keselesaan dan kemampuan ibu sendiri. Semoga info-info ni bermanfaat buat semua untuk buat keputusan samada mahu menyusukan bayi secara eksklusif ataupun menggunakan susu formula. Apa-apapun bincanglah dulu bersama suami masing-masing ya.. :)


No comments:

Post a Comment