Jam Biologi Tubuh


Assalamualaikum w.b.t
Entry kali ni santai jer. Kenali tubuh kita sendiri dan apa yang the best tubuh kita boleh buat ikut putaran masa. Nothing about Shaklee product.. Sekali tak sekala kan.. ;p  

Pukul 1-2 pagi : Fasa tidur paling lena
Pada jam tersebut, aktiviti pelbagai sistem organ banyak yang diistirehatkan. Namun bagi yang hamil, produksi progesteron akan meningkat sehingga peluang untuk melahirkan pada tengah malam selalu lebih tinggi

Pukul 4-5 pagi : Suhu tubuh paling rendah
Tubuh dalam keadaan rehat

Pukul 5-6 pagi : Peningkatan tekanan darah paling tajam
Produksi melatonin atau hormon yang memicu rasa mengantuk mulai berhenti, sementara tekanan darah meningkat paling tinggi dibandingkan waktu lainnya. Produksi kortisol atau hormon stres meningkat sehingga otak yang berperanan memberi signal untuk tubuh bersiap sedia untuk bekerja seharian, namun peningkatannya tidak sampai memicu stres.

Pukul 7 pagi : Hormon seks meningkat
Peningkatan testosteron pada lelaki mahupun wanita terjadi pada pagi hari, sehingga mampu membangkitkan ghairah seks.  Kerana itu, pagi adalah waktu yang tepat untuk bercinta.

Puku 8 pagi : Pergerakan usus aktif
Jam ini waktu paling sesuai untuk membuang air besar. Ketika ini juga boleh dikatakan waktu kebanyakan di kalangan kita akan menuju ke bilik air untuk melunaskan hajat. Ini terjadi kerana pergerakan usus paling tinggi pada waktu tersebut. Pengukuran berat paling tepat dilaukan pada hari setelah buang air besar.

Pukul 9 pagi : Metabolisma paling tinggi
Waktu yang tepat untuk sarapan adalah sekitar pukul 9 pagi. Ketika ini ada peningkatan metabolisma. Ini bermakna lemak-lemak yang diserap dari makanan pada waktu-waktu tersebut tidak akan banyak disimpan dan akan diproses menjadi tenaga.

Pukul 10-11 pagi : Fokus
Menginjak pada waktu ini pula, tubuh dan fikiran mencapai tahap rangsangan ideal untuk beraktiviti sepanjang hari. Jarang ada yang mengantuk kecuali anda kurang tidur.

Pukul 11 pagi - 2 petang : Stres meningkat
Jeda istirehat diperlukan pada waktu ini untuk memberi kesempatan bagi tubuh dan fikiran untuk menyegarkan diri. Makan di luar bersama rakan boleh menyegarkan fikiran, sekaligus membiarkan tubuh terkena sinar matahari yang mampu memperkuat sistem imunisasi tubuh.

Pukul 2-3 petang : Koordinasi terbaik
Tubuh membenarkan anda melakukan banyak hal sekaligus atau multitasking kerana kemampuan otak untuk melakukan koordinasi berada pada titik tinggi. Di sisi lain, proses pencernaan makanan belum selesai sehingga kemampuan fizikal tubuh agak berkurang.

Pukul 3-5 petang : Denyut jantung paling stabil
Jika ingin berolahraga, waktu petang adalah waktu paling tepat keranan tahap adrenalin berada pada tahap tertinggi. Selain itu, denyut jantung dan tekanan darah paling stabil sesuai untuk anda beriadah.

Pukul 5 petang - 8 malam : Proses detoksifikasi
Fungsi hati dalam memproses racun-racun sisa metabolisma paling tinggi pada waktu ini sehingga anda perlu banyakkan minum air kosong. Keinginan untuk makan juga tinggi kerana kemampuan deria bahu (hidung) dan merasa (lidah) meningkat.

Pukul 8-10 malam : Metabolisma, pergerakan kurang aktif
Pembakaran lemak tidak banyak terjadi pada malam hari. Jika makan pada malam hari, kebanyakannya akan disimpan dalam bentuk lemak.

Pukul 10 -11 malam : Hormon seks meningkat lagi
Dibandingkan pagi hari, peningkatan libido atau ghairah seks pada malam hari tidak terlalu tinggi kerana tubuh sudah keletihan. Namun ketika ini, jam biologi mengaturkan evolusi terjadi paling tinggi dan sesuai untuk bersama pasangan

Sumber artikel : iSIHAT, May 2013 (page 21)

Biological Clock

Sumber gambar : Wikipedia


Dah tahu condition tubuh ni, bolehlah lepas ni plan balik schedule harian. Rasa macam rugi plak dah tahu tapi tak gunakan untuk optimumkan fungsi tubuh sendiri.

No comments:

Post a Comment