Kisah Aku [Part 3] - Mengharap Redha Allah


Assalamualaikum w.b.t. 

Sambungan daripada Kisah Aku Part 2

Seingat aku, tanggal 22 May 2012 menjadi tarikh penghijrahan aku. Penghijrahan yang aku sifatkan perubahan yang sebenar-benarnya. Peralihan fasa kehidupan yang hanya bersandarkan kepada Allah semata-mata. Sebagai hamba Allah yang tidak punya apa-apa, aku mengharapkan keredhaan Allah dan semoga segala perbuatanku tidak melampaui batas dan mengikut syariat Allah serta sunnah Rasulullah. Amin.

Walau bagaimanapun, pada tarikh keramat itu, aku telah didatangi haid. Jadi tidak banyak perkara yang boleh aku lakukan. Aku tidak bisa bersembahyang dan mengaji, sedangkan amalan-amalan itu yang aku rasakan dapat melindungi hatiku daripada terjebak oleh perkara-perkara yang tidak baik. Tiga hari berlalu tanpa sebarang perubahan yang drastik. Tetapi tidak mengapa, yang penting aku sudah melafazkan niat untuk menjadi a better muslimah. Aku pasti Allah akan membantu hamba-hambaNya yang meminta perkara-perkara kebaikan. Justeru aku pergunakan masa yang ada untuk muhasabah diri mengenang kembali nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan.

Jadi, pada tarikh 25 May 2012, bersamaan dengan hari Jumaat yang penuh barakah, bangun-bangun pagi je terus dapat satu semangat yang sungguh luar biasa. Terus bersemangat nak bersuci dari hadas besar dan seterusnya mengerjakan solat subuh. Bacaan Al-Quran turut diperdengarkan. Aku juga berusaha untuk menghidupkan kembali amalan-amalan yang pernah aku lakukan semasa berada di asrama dahulu. Terdetik di hatiku, sekiranya dahulu aku bisa, mengapa sekarang tidak? Iya, pastinya Allah yang telah mengingatkan diriku. Terima Ya Tuhan kerana masih menyayangiku. Aku berazam untuk mengerjakan solat di awal waktu. Aku bertekad untuk “mewajibkan” diriku membaca ayat-ayat Al-Quran, sekurang-kurangnya satu ain sehari. Aku juga mula mengamalkan bacaan surah Al-Mulk pada setiap malam, bacaan surah Yasin pada setiap hari Khamis dan juga bacaan surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat. Iya, buat permulaan aku pasti akan melakukan perkara-perkara ini. 

Zikir Harian

No comments:

Post a Comment