Makan Shaklee, selera makan bertambah?

Assalamualaikum w.b.t
Pernah dengar tak makan Shaklee, selera makan bertambah? Ataupun mungkin korang sendiri pernah merasakannya. Betul ke makan Shaklee, selera makan bertambah? Aku makan Shaklee nak kurus, tapi kalau dah sebabkan selera makan bertambah, berkesan ke nanti? Adusshh.. yang mana satu betul ni? Mana satu nak percaya pulak ni?

Itulah antara soalan-soalan yang sering diajukan kepada kami para SID. Biasanya kalau korang beli vitamin daripada mana-mana SID sekalipun, pasti korang akan dapat pesanan “Water intake jangan lupa. Sehari mesti minum sekurang2nya 3 liter air”. Pernah tak korang tanya kepada SID tu, kenapa? Ataupun, mungkin korang anggap pesanan tu biasa-biasa saja. Sebab sebelum ni pun, memang dah diwar-warkan untuk consume air putih 8 gelas sehari.

Ceritanya macam ni. Sebenarnya bukan apply pada suplemen Shaklee saja tau, tetapi untuk semua jenis suplemen terutamanya yang dalam bentuk tablet.

Kenapa saya makan vitamin saya jadi lapar?? ✿✿

Bila kita mengambil vitamin, ianya tak sama macam makan makanan biasa. Kebanyakan vitamin adalah dalam bentuk tablet, so dosnya adalah pekat. Jadi, badan kita perlu mencairkan dan melarutkan nutrien ini untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan.

» SEBAB ITULAH KITA PERLU BANYAK MINUM AIR APABILA MENGAMBIL VITAMIN

Drink more water



Jadi, bila kita tak cukup minum, sel2 tubuh kita akan 'dahaga' lalu ia menghantar isyarat ke otak. Tapi, isyarat dari sel yang kehausan itu diterima oleh otak sebagai isyarat lapar. Maka otak menghantar pesanan kepada sistem kita untuk cari makanan (lapar ni, nak makan!!). Sedangkan sebenarnya kita tak perlu makan pun, cuma sel tubuh kita yang haus. Dan biasanya kita pun cari makanan dan makan sampai kenyang. Masa inilah tubuh kita menerima protein, karbohidrat dan lemak berlebihan.

Maka jika anda berada dalam situasi ini, anda mungkin asyik rasa lapar, nak selalu makan dan mungkin boleh gemuk. Justeru, bila anda mengambil vitamin :

(1) Minum air sekurang2nya 3 liter sehari
(2) Kawal pemakanan, jangan ikut sangat nafsu
(3) Tukarkan karbohidrat kepada sumber low GI

Jadi, pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

✿✿ Tukar karbohidrat kpd sumber low GI tu camne? Low GI tu ape? ✿✿

GI = Glisemix Index (atau dalam bahasa Melayunya indeks glisemik)
Indeks glisemik = Indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa dalam darah.

Maknanya, makanan yang kita makan, akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap ke dalam salur darah. Makanan dalam kategori GI tinggi akan menyebabkan glukosa darah meningkat dengan cepat.

Manakala makanan yg GI rendah, glukosa lambat dicerna dan diserap. Ini akan meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat dan telah terbukti bermanfaat pada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan dan mengawal selera makan dan menambatkan rasa lapar.

Makan Shaklee, selera makan bertambah? Oohh..patut la jadi lapar. Baru tahu kenapa asyik rasa nak makan jek. Hihi.. Satu cara nak membezakan sama ada kita benar-benar laparkan makanan ataupun tidak adalah dengan minum air. Bila dah minum air tu, tetap rasa lapar maka bolehlah ambil makanan tapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ada faham semua?

2 comments:

  1. Patutlah sy 24jm nk makan je...suami pn tegur pp da tmbm..hihiii

    ReplyDelete
  2. so jangan lupa amalkan minum air 2-3 liter sehari ye! :)

    ReplyDelete