Saya Mahu kurus..!! Jom kurangkan berat badan di bulan puasa..~


Assalamualaikum w.b.t
Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Di sini saya nak kongsikan bersama semua tentang amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan. Nanti bolehlah korang bergaya sakan masa raya, kan.. ;p

     Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula, minyak serta lemak  yang tinggi kerana makanan ini mengandungi kalori yang tinggi. Tapi, kalau dah teringin sangat nak ambil makanan ni, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.

     Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Sebaliknya, cuba utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Ataupun, pilihan lain adalah susu rendah lemak.

     Beri perhatian pada saiz hidangan korang. Biasanya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Jadi, mesti sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.

     Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.

☑    Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk korang tidak melakukan senaman. Setidak-tidaknya, lakukan senaman ringan.


Seperti yang kita tahu, pengambilan serat yang tinggi amat membantu dalam usaha untuk mengurangkan berat badan. Jadi, tak kiralah puasa atau tidak, sebaik-baiknya utamakan amalan pemakanan yang tinggi kandungan seratnya. Nak tahu tips untuk tingkatkan pengambilan serat di bulan puasa? Jom teruskan membaca:

     Ketika berbuka puasa, makan 3 biji buah kurma, ½ cawan jus buah tanpa gula, 1 mangkuk sup sayur campur serta 1 atau 2 keping roti tinggi serat.

    Ketika makan malam, ambil sayur campur dan sebiji buah berserta makanan yang lain.

     Ambil buah-buahan sebagai makanan lewat malam.

     Bersahurlah dengan bijirin sarapan seperti oats, sup sayur ataupun buah-buahan.

    Tambah kekacang seperti kacang dhal, kacang kuda, kacang soya atau kacang pis ke dalam masakan.

Serat

Psst.. Pengambilan serat adalah penting untuk mencegah masalah sembelit terutamanya di bulan puasa. Sayur juga boleh memberi rasa kenyang dan boleh membantu mengawal berat badan. Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dijadikan sebagai hidangan yang berkhasiat di bulan puasa. Selamat mencuba.. :)

No comments:

Post a Comment