Saya tidak obes tetapi saya obses untuk kurus


Assalamualaikum w.b.t
Apabila ramai yang menegur tentang pertambahan berat badan saya, terbuka pintu hati saya untuk berdiet dan menurunkan berat badan. Azam 2011 untuk mencapai berat badan ideal tidak tercapai, jadi saya jadikannya sebagai azam tahun 2012. Menakjubkan. Hanya dua minggu, saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 2-3 kg. Tanpa pengambilan sebarang suplemen. Hanya dengan kawalan pemakanan serta senaman yang konsisten.

Apa yang saya lakukan sehingga berjaya  TURUN 2-3 KG & UKUR LILIT PINGGANG BERKURANG 4 INCI?

① Kekuatan mental
Disebabkan keinginan yang sangat kuat untuk kurangkan berat badan, saya jadi sanggup untuk melakukan apa sahaja. Saya sanggup kawal pemakanan harian saya dan saya sanggup korbankan masa rehat saya untuk melakukan aktiviti fizikal. Memang memerlukan kekuatan mental yang sangat tinggi.

② Cari ilmu dahulu
Kenali jenis ‘workout’ atau senaman apa yang mahu dilakukan. Apakah fungsinya? Apakah kesannya? Pada saya, cara ini lebih berkesan berbanding dengan pulun je semua jenis ‘workout’ tanpa ketahui kelebihannya. Takut nanti, terlebih ‘workout’ , mendatangkan mudarat pula.

③ Panduan pemakanan seimbang
Saya banyak membaca buku tentang pemakanan. Apa makanan yang boleh meningkatkan kadar metabolisma saya. Makanan yang perlu dielakkan. Cara pengiraan kalori. Cara pembakaran kalori. Apa yang boleh dan apa yang perlu dielakkan semasa berdiet. Semua saya ambil tahu untuk memastikan program pengurusan berat badan saya berjalan dengan lancar.

④ Buat target yang rasional
Saya meletakkan target untuk kurangkan 5kg dalam masa sebulan. Saya buat perancangan apa yang perlu saya lakukan untuk mencapai target tersebut. Jangan set target yang sukar untuk dicapai. Biar rasional, seiring dengan usaha yang akan kita lakukan. Janganlah nak turunkan 5kg seminggu tetapi usaha yang dilakukan sekadar senaman ringan.

⑤ Kawal pemakanan - pengiraan kalori
Untuk kurangkan berat badan, yang paling penting kita perlu memahami konsep pengiraan kalori. Jumlah kalori makanan yang diambil mestilah KURANG daripada jumlah pembakaran kalori. So that, nanti barulah berlaku pembakaran lemak2 tersimpan tu. Bagaimana nak kira kalori? Boleh rujuk cekodok.com. Kat cekodok.com ada ceritakan dengan details tentang kalori serta kalori makanan2 di Malaysia.

⑥ Melakukan senaman yang bersesuaian
Kalau nak kurangkan berat badan, semestinya kita perlu lakukan banyak pergerakan. Maknanya excercise la tu. Terpulang nak buat excercise apa, yang penting ikut kemampuan diri. Jangan terlebih excercise pulak. Saya sendiri mengamalkan jogging di pagi dan petang hari. Di samping buat daily abs workout, daily butt workout dan daily leg workout. Kalau nak cepat bakar kalori, amalkan cardio workout. Memang cepat tapi memerlukan daya ketahanan yang tinggi jugak. Serious penat.

⑦ Sokongan ahli keluarga
Ceritakan pada ahli keluarga atau sahabat terdekat tentang target serta diet yang korang amalkan. Bagi saya, ini perlu bagi mendapatkan sokongan mereka. Jadi, bila nak makan, mereka tahu apa yang kita boleh dan tidak boleh makan (sekurang-kurangnya bagi tempoh berdiet). Sokongan moral juga memainkan peranan yang penting. Kata-kata semangat juga boleh membuatkan diri kita terus termotivasi untuk mencapai berat badan ideal kita.

⑧ Konsisten
Apa pun yang kita lakukan, mestilah konsisten. Kalau setakat buat hari ini, esok tinggal. Lusa sambung balik. Jangan pula mengharapkan kesan yang superb. Yang penting konsisten (pada saya part ni lah yang paling sukar, lebih-lebih lagi bila dah capai target berat badan).

Weight loss

Kesimpulannya, kalau kita mahu dan kita berusaha, pasti ada hasilnya. Hanya perlukan fokus dan konsisten. Kata orang, untuk menurunkan berat badan memang mudah, tetapi nak mengekalkannya yang payah. Saya setuju dengan pendapat tersebut.

No comments:

Post a Comment