Set Kurus Shaklee


Assalamualaikum w.b.t
Last month, ramai betul yang bertanyakan tentang set berpantang Shaklee. Padahal, saya beriya promote set tu the month before. Alhamdulillah.. Rezeki Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. And this month pula, tiba-tiba ramai pulak yang bertanyakan tentang set slimming Shaklee. Ok, semetara tengah ada ‘rasa’ untuk bercerita tentang set slimming, jom kita tengok suplemen apa yang terkandung dalam program pengurusan berat badan.

Vita-lea (Multivitamin Shaklee)
Saya suka untuk mencadangkan pengambilan Vita-lea setiap pagi kerana biasanya bila nak kurus, kita akan kawal pemakanan kita. Dan kadang-kadang, apa yang kita makan tak memenuhi keperluan nutrien dalam tubuh kita. So Vita-lea is the best choice untuk melengkapi keperluan nutrien tersebut. Kenapa kita perlukan nutrien yang mencukupi dalam badan? Sebabnya, untuk memastikan sel2 dalam badan kita sihat so that boleh jalankan fungsi2nya seperti untuk pertumbuhan sel, bantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon dll. Ingat ya, Vita-lea bukannya sebagai meal replacement. Uolls still kena makan makanan seimbang cuma dalam portion yang lebih kecil. Plus, Vita-lea ni juga dikenali sebagai penambah tenaga segera dan juga dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan.

Protein (Energyzing Soy Protein (ESP) / Cinch Shake)
Pada kebanyakan diet, biasanya kita akan kehilangan lemak dan otot. Apabila kehilangan otot, kita akan kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan seterusnya akan merendahkan kadar metabolisma. Sebab itu, semasa ber’diet’ protein adalah penting untuk memelihara otot dalam badan. Protein ESP / Cinch Shake merupakan sumber protein yang tinggi dan turut mengandungi leucine. Dalam sesetengah kajian, leucine menunjukkan dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass). So that, hanya lemak yang dibakar, berat dan inci badan berkurang dan pada masa yang sama mengekalkan otot. Selain tu, protein juga adalah sebagai pembekal tenaga dan untuk asimilasi protein bagi mengelakkan edema / retensi air.

Herb – lax
Herb-lax ni mengandungi Daun Senna serta herba-herba lain yang bertindak untuk memperbaiki kesihatan usus. Ianya juga dapat mengatasi masalah sembelit serta penting untuk proses detoksifikasi. Kenapa perlu detoks? Detoks ni penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detoks. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrien yang diambil samada daripada supplement ataupun diet harian. Herb-lax juga boleh membantu untuk mengempiskan perut dan memberi kepejalan pada perut.

④ Lecithin
Lecithin pula adalah untuk pemecahan lemak dan kolesterol di mana lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah. Pengambilan tambahan dapat membantu untuk mengemulsi lemak dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh. Pengambilan lecithin dalam kuantiti yang banyak boleh mencepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang. Bagaimanapun, fungsi lecithin adalah untuk pemecahan lemak dalam badan semata-mata. So, badan kita akan perlukanmedium pengangkutan untuk angkut lebihan lemak dan kolesterol keluar daripada badan. Sebab itulah saya cadangkan untuk ambil lecithin dengan kombinasi Alfalfa / Herb lax.

⑤ Alfalfa Complex
Kalau fungsi lecithin adalah untuk pecahkan lemak, maka fungsi alfalfa adalah untuk menyingkirkan lemak & kolesterol yang berlebihan. Kajian klinikal menunjukkan bahawa penggunaan jangka panjang dapat menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, serta mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin , seperti span yang bertindak seperti serat yang menyerap kolesterol. Alfalfa juga membantu membaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Slimming Set

Sebenarnya saya agak suka bercerita bab2 kurus ni. Sebab saya pernah obses untuk kurus. Haha.. So saya ada banyak tips untuk mengurangkan berat badan ni. Yang paling penting calorie intake < penggunaan tenaga. Prinsip die mudah jer:

Apabila kalori rendah + Penggunaan tenaga tinggi --> Perlukan lebih tenaga --> Pecah lemak degil / tersimpan dalam badan --> Konsisten --> Kurang berat badan.

Selesai.

Nota penting --> Kalau korang tak amalkan prinsip di atas ni, maknanya rugi dan sia-sialah korang punye program pengurangan berat badan, walaupun korang ambil suplemen terbaik di dunia sekalipun. Suplemen hanya membantu untuk meningkatkan kadar metabolisma dan membantu pembakaran lemak. Still, korang kena mulakan langkah untuk proses2 tu semua.

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
sms/whatsapp : 017-6734603
emel : diana_1112@yahoo.com  

No comments:

Post a Comment