TIPS BERBUKA PUASA


Assalamualaikum w.b.t
Dah 8 hari berpuasa, baru nak share  tentang tips berbuka puasa. Isy.. Sebenarnya baru ada kekangan masa nak menaip. Hehe.. Tak apalah. Bak kata orang jawa better late than never.. :p Semoga tips ni bermanfaat untuk semua ya.. :)

1.     Makan secara sederhana.
Selalunya bila seharian tak makan, memang rasa macam nak makan semua benda. Kadang-kadang perut dah penuh pun still sumbat dalam mulut dek kerana nafsu. Makan di bulan puasa ni sepatutnya tak beza dengan hari-hari yang lain. Apa yang kita makan sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang lain. Nutrien ni penting supaya tubuh kita tetap dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa.

2.     Makan secara sihat
Walaupun berpuasa, kita tetap perlu amalkan asas makan secara sihat (makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang). Kita mesti ambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Sebabnya, tak ada satu makanan pun yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang tubuh kita perlukan. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut:
>  Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin.
>  Buah-buahan dan sayur-sayuran
>  Ikan, ayam, daging dan kekacang
>  Susu dan produk tenusu
>  Sedikit minyak, lemak, gula dan garam

Piramid Makanan

--> Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah. Ia juga penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa dan mendapat fadhilat yang sewajarnya di bulan puasa. Oleh itu, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang untuk kekal sihat di bulan puasa.

3.     Jangan makan secara berlebihan
Bila kita berpuasa, aktiviti gastrik dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Jadi, bila makan semasa berbuka, aktiviti gastrik ni akan meningkat. Selalunya kita akan makan banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut dan boleh menjejaskan kesihatan. Jadi, amatlah dicadangkan untuk makan makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat kurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Sebenarnya, perkara ni selalu sangat ditekankan. Even kalau bukan bulan puasa sekalipun. Tahu tak sifat makan secara berlebihan ni adalah salah satu sifat mazmumah?

4.     Ikut Amalan Sunnah
Mengikut Sunnah, kita digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Dan lepas tu, barulah kita makan 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti.

--> Pengambilan makanan dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Walau bagaimanapun, hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.

5.     Makan makanan berat selepas Maghrib
Sebaiknya kita makan malam (makan nasi) selepas mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur. Kalau boleh kan, elakkan makan makanan yang berminyak atau yang bersantan. Banyakkan pengambilan buah-buahan serta lebihkan minum air kosong. Kalau still nak makan moreh, cuba elakkan makan makanan yang berat. Cukuplah sekadar snek ringkas macam kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu .

6.     Banyakkan minum air kosong
Masalah sembelit mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Sebabnya, kita kurang minum air dan kurang makan makanan yang berserat. Lagi, kita sering makan makanan yang diproses. Kalau anda mengalami sembelit, cuba banyakkan minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan anda minum 6-8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayur-sayuran serta 2 biji buah sehari.

--> Pengambilan air juga boleh di ambil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran. Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain daripada itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman.

1 comment: