Tips Meningkatkan Pengambilan Air di Bulan Puasa


Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini merupakan 1 Ramadhan 1434H. Maknanya bermulalah umat Islam di seluruh dunia menjalankan Rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Ada yang bertanya bagaimana untuk minum air 2 liter ketika berpuasa. Perlu diingat ya, walaupun berpuasa, kita perlu mengambil 6-8 gelas air sehari. Seperti yang kita sedia maklum, air adalah penting untuk fungsi badan yang sempurna. Pengambilan air yang mencukupi juga perlu untuk mencegah sembelit. Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan kita keletihan. 

Kepentingan Air

Sebaik-baiknya, banyakkan minum air kosong. Ataupun, kita juga boleh mengambil air dalam bentuk jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak. (Bila sebut jus buah-buahan, maksudnya yang pure la, bukan yang campur dengan air gula tau). Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan. Bila berbuka puasa pula, adalah digalakkan menyediakan sendiri air minuman di rumah kerana ia lebih terjamin kebersihannya. Selain daripada minum air, kita juga boleh meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur.

Berikut adalah beberapa cara yang dicadangkan untuk meningkatkan pengambilan air semasa berpuasa: 

    Minum 2 gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuklah jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak.
    Minum 2-3 gelas air sebelum tidur.
    Minum 2 gelas air sewaktu bersahur.

Jadi sekarang, dah tak ada masalah untuk amalkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari kan. Semoga tips ini membantu korang dalam mengekalkan kandungan air dalam tubuh walaupun semasa berpuasa. Peace.

No comments:

Post a Comment