Tips Untuk Kekal Cergas di Bulan Puasa

Assalamualaikum w.b.t
Bagaimana dengan puasa anda hari ini? Masih cergas dan aktif? Ataupun keletihan? Berpuasa bukanlah alasan untuk kita lemau dan lesu sepanjang hari. Malah, berpuasa sepatutnya dapat meningkatkan tahap kesihatan dan stamina kita. Berikut adalah beberapa panduan untuk korang semua kekal cergas di bulan puasa.

    1. Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak semasa bersahur dan berbuka.
    2. Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kadar metabolisma. Waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka puasa ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
    3. Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
    4. Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ianya boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan
Pengambilan suplemen juga dapat membantu meningkatkan tahap kecergasan anda. Antara suplemen yang sangat sesuai untuk aktiviti di bulan puasa adalah Mighty 3 Gems. Korang boleh dapatkan info2 berkaitan disini.

Selain daripada tu, untuk kekal sihat dan cergas ada beberapa tabiat makan yang perlu dielakkan. Antaranya termasuklah:

    • Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
    • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
    • Kurangkan makanan tinggi gula.
    • Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
    • Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
    • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.
Moga-moga tips2 yang diberikan memberi manfaat buat kalian. Sekian.

Happy reading

No comments:

Post a Comment