Wajah-wajah stres

Assalamualaikum w.b.t
Tahukah anda, apakah cara paling mudah untuk kurangkan stres? Kurangkan keinginan, maka kuranglah stres. Bagi saya, cara ni merupakan cara termudah dan boleh jadi juga sangat sukar. Kita sebagai manusia ni dah tentulah mempunyai keinginan. Tak kiralah samada kita ungkapkan ataupun kita pendamkan saja dalam hati. Bila keinginan kita tak dipenuhi, maka mulalah kita rasa stres. Betul tak? So untuk entry kali ni, jom kita mengenal wajah-wajah stres:

Sakit kepala (migrain) - ini adalah disebabkan oleh peningkatan mendadak pengaliran darah ke otak
Kejang otot - akibat saraf simpathetic yang tinggi
Sakit sekitar mulut - tekanan berlebihan ke atas gusi
Gusi berdarah - hormon kortisol meningkat, mengurangkan keupayaan imunisasi badan seterusnya mengakibatkan janagkitan bakteria di mulut
Jerawat - hormon tidak seimbang
Mengidam makanan manis - bukan kerana estrogen, namun kerana logik stres semata-mata
Kegatalan kulit - pengaktifan saraf yang memberi sensasi gatal pada kulit
Alahan berlebihan - imunoglobin E (IgE) dirembeskan ke dalam darah memberi sensasi alahan
Sakit perut tiba-tiba - teori saraf di otak yang stres menyebabkan tindak balas ke saraf di sistem perut yang sepatutnya tidak berlaku dalam keadaan normal
Tua sebelum waktunya - Jika anda tidak mahu tua sebelum waktunya, jauhi stres. Terdapat kajian yang mendapati wanita yang sering cemas secara signifikan memiliki telomere lebih pendek. Dan telomeres yang lebih pendek dianggap sebagai tanda penuaan dipercepat.
Banyak berpeluh
Rasa tidak sihat
Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil
Kaki dan tangan sentiasa sejuk
Keinginan seks menurun
Selera makan berubah
⑰ Terasa amat letih
Pengambilan alkohol berlebihan dan semakin kuat merokok
Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
Perubahan fikiran atau perasaan seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan rasa kegelisahan

No stress, keep smile

Mula dari saat ini, jom kita berusaha menjauhi stres. Senyum sokmolah kan. Kita anggap setiap masalah yang datang sebagai cabaran yang perlu kita tempuhi untuk memajukan diri kita. In shaa Allah, hidup kita aman, kesihatan kita terjaga.

No comments:

Post a Comment