10 langkah penjagaan sendi

Assalamualaikum w.b.t
Sempena promosi AJHT sepanjang bulan ini, saya nak kongsikan beberapa fakta menarik tentang sakit sendi.

① Apa itu sendi?
Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur.

② Apa punca terjadinya sakit sendi?
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit)
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan
③ Apakah rawatan untuk sakit sendi?
Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit serius.
  • Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu).
  • Kerap mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan(keradangan)
  • Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut juga boleh membantu
  • Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.
  • Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
  • Kurangkan berat badan
  • Guna kasut bertumit rendah
  • Bijak menangani tekanan
  • Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus
④ Bilakah saya perlu berjumpa dengan Doktor?
  • Jika sakit berlarutan walaupun telah merawatnya dengan cara di atas
  • Jika sakit bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat penahan sakit
  • Berjumpa doktor segera setelah cedera
  • Sakit yang menghalang anda dari bekerja
  • Sakit yang berserta dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemah
  • Penurunan berat badan yang serius
  • Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
  • Penglihatan yang kabur
  • Sakit perut atau cirit
  • Sendi yang bengkak dan merah
  • Menghidap HIV atau kanser
⑤ Apakah langkah pencegahan untuk mengelakkan sakit sendi/kurangkan sakit sendi?

1)     Elakkan posisi yang mendorong kesakitan dan kecacatan
2)     Gunakan cara kerja anggota yang sesuai dan betul
3)     Gunakan sendi yang lebih besar dan stabil untuk melakukan kerja
4)     Susun atur kerja dan kurangkan penggunaan tenaga
5)     Berehatlah bila sakit atau penat
6)     Utamakan kerja yang lebih penting dahulu
7)     Rancang masa rehat yang kerap
8)     Patuhi prohram perubatan yang disyorkan oleh doktor
9)     Patuhi program pemakaian ‘splint’ pelindungan jika disyorkan oleh doktor
10)Lakukan senaman untuk menguatkan otot dan tahap maksima pergerakan



No comments:

Post a Comment