11 soalan lazim tentang Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua? Hari ni dah 1 August 2013. Hari baru, bulan baru so promosi pun barulah kan.. :D Nak tahu apa promosinya? 

Advanced Joint Health Tablet

Buat pemulaan ni, jom kita berkenalan dengan Advanced Joint Health Tablet. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Berkenalan dulu, dah jatuh cinta nanti, terus order dgn I ye.. ;p

① Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
✎ Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokongmakanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

② Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
✎ Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup yang lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

③ Apakah ekstrak jagung?
✎ Ekstrak jagung semulajadinya kaya dengan glukosamina yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligamen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan pelindungan sendi dalam jangka masa panjang.

④ Apakah Boswellia?
✎ Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

⑤ Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
✎ Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

⑥ Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
✎ Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua produk yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Koint Health Tablet.

⑦ Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Koint Health Tablet?
✎ Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

⑧ Mengapa ia bebas daripada kondroitin?
✎ Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik bila diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan baik jika diambil secara berasingan.

⑨ Mengapa produk tersebut mengandungi vitamin C?
✎ Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% vitamin C, kerana ia merupakan nutrien penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

⑩ Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, tembaga dan mangan?
✎ Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral surih zink, tembaga, dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

⑪ Adakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
✎ Ya.



Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
sms/whatsapp : 017-6734603
emel : diana_1112@yahoo.com  

1 comment: