3 PERSOALAN TENTANG SAYA DAN SHAKLEE


Assalamualaikum w.b.t
Pagi tadi dapat soalan cepumas berkenaan Shaklee dan saya. Sepanjang hari jugak duk fikir dan rewind balik kenapa saya buat Shaklee dan apa yang saya nak sebenarnya. So here are my answers.

 
① Kenapa saya buat Shaklee?
Kalau orang lain join Shaklee untuk dapatkan side income, saya tidak. Awalnya saya join Shaklee lebih kepada untuk mencabar keupayaan diri. Boleh ke aku buat bisnes ni? Ada ke orang nak beli dengan aku? Dan Alhamdulillah.. Memang ada! Bila dah dapat cek bonus kat tangan baru tersedar memang boleh buat duit dengan Shaklee. So saya start study tentang produk2 Shaklee, marketing strategies, dan perkara2 lain yang berkaitan. Lama-lama rasa enjoy pulak buat Shaklee. Since saya budak Biokimia tapi keje di engineering field, saya rasa excited sebab sedikit sebanyak dapat jugak apply apa yang saya pernah belajar dulu. Dan lagi, bila kita buat benda baru, sebenarnya banyak benda yang kita belajar. Senang cerita, saya dah jatuh cinta dengan Shaklee!!

② Apa yang  saya boleh dapat dengan Shaklee?
First sekali mestilah bonus tiap-tiap bulan. Kalau rajin dan komited memang boleh dapat lebih. Tapi apa yang nak saya ceritakan ni bukanlah setakat bonus bulanan. Tu cerita lapuk dah tu! Lepas beberapa bulan dengan Shaklee, saya mula pasang impian yang lebih besar. Impian terbesar saya adalah untuk bekerja dari rumah selepas mendirikan rumah tangga. Saya nak settle down. Tak nak dah penat fizikal & emosi akibat kerja dengan orang. Yang untung nanti pun diorang. So better saya setup bisnes saya sendiri dan pening kepala dengan bisnes sendiri. Untung rugi sendiri yang tanggung! Kenapa Shaklee? Sebab saya mula nampak potential bisnes Shaklee ni. Saya tahu saya boleh pergi jauh. Bila baca kisah-kisah kejayaan Master2 dan rakan2 lain, saya bertambah yakin dengan impian saya. And I KNOW ICAN DO IT!


③ Adakah saya akan berjaya?
Yes, of course saya akan berjaya. Saya tahu bukan mudah untuk berjaya. Surprisingly, saya suka dengan cabaran yang datang sepanjang bersama Shaklee. Walau kadang kala tersungkur juga, tapi tetap saya bangun semula. Bukan sebab tiada pilihan tetapi kerana inilah pilihan yang saya buat! Saya mahu dan saya akan pastikan saya berjaya. Tiada apa yang mustahil seandainya kita berusaha. Dan untuk berjaya, jangan sesekali lupakan pada Yang Maha Berkuasa. Semuanya pasti akan berlaku dengan izin-Nya jua.

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
[40:60]

Sebenarnya kita sendiri yang create apa yang kita nak dan bagaimana kita nak lakukan. Saya pilih Shaklee sebagai salah satu usaha untuk merealisasikan impian saya. Saya pasti uolls juga punya impian masing2. Kalau rasa Shaklee boleh membantu, apa salahnya mencuba?  

2 comments:

  1. Betul2! Mieza pun enjoy buat bisnes Shaklee ni.. 2 bulan pertama join dah dapat rasa bonus 2 kali.. Alhamdulillah.. =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. :)

    Di mana ada usaha di situ ada jalan, kan!

    ReplyDelete