Ayat 4 Surah Al-Fatihah


Assalamualaikum w.b.t
Haritu pergi ke majlis kahwin dengan member di Kuala Pilah. Dalam perjalanan, sambil borak2, adalah terselit sedikit tazkirah. Makna di sebalik ayat 4 Surah Al-fatihah. Bila dengar sahabat seorang ni bercerita, barulah terfikir tentang kebenarannya. Barulah tersedar makna di sebaliknya. Dan hari ini terasa nak share pulak dengan readers. Benda yang baik eloklah disampaikan, betul tak?

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
“Yang Menguasai Hari Pembalasan”

Kenapa dalam ayat tu dinyatakan Yang Menguasai Hari Pembalasan? Sedangkan Allah Maha berkuasa atas segala-galanya, termasuklah di dunia ini. Tapi yang difokus hanyalah hari pembalasan (hari akhirat kelak). Rupa-rupanya apa yang nak disampaikan adalah sekiranya di dunia ini, kita masih diberi peluang untuk memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya. Kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Tapi bila tiba hari perhitungan nanti, segala perhitungan dan keputusan adalah muktamad. Pintu taubat juga sudah tertutup buat hamba-hambaNya. Jika kita ditempatkan di neraka, maka di situlah kita. Nauzubillah.. Minta dijauhkan. Segala keputusan adalah hak milik mutlak Allah. Hanya Allah.

Maksudnya, selagi kita masih diberi nafas di dunia ini, kita masih berpeluang untuk menjadi lebih baik. Masih diberi peluang untuk bertaubat. Jadi jangan sia-siakan peluang yang kita ada sekarang ini. Ingatlah kembali tujuan kita dicipta. Kembalilah kepada fitrah kejadian manusia yang sememangnya mencintai perkara-perkara kebaikan. Dan itu jugalah yang sedang saya usahakan. Jom sama-sama mengingatkan sesama sendiri.

I want to be a better Muslimah.

No comments:

Post a Comment