Bisnes Online Shaklee


Assalamualaikum w.b.t
Honestly, dulu saya tak terfikir pun untuk berniaga. Apatah lagi berniaga dari rumah. Semuanya macam berlaku tiba-tiba (Walhal Allah yang telah tentukan dari awal lagi). Dan saya juga bukannya jenis yang suka berniaga sebenarnya. Sebab saya tak reti dan tak pernah belajar pun tentang selok belok perniagaan. Tapi tak dinafikan selalu jer berangan-angan nak punya perniagaan sendiri. Haha.. Betul2 angan mat jenin!

One fine day, bila tengok kawan saya buat perniagaan online, then asik ke pejabat pos untuk pos barang2 customer, terus saya rasa macam nak cuba jugak. Eh, kalau dia boleh kenapa aku tak boleh? Perasaan jeles dah mula dah! Hahaha.. ;p Yang bestnya, waktu tu saya tak terfikir pun nak tanya pendapatan or bonus bulanan dia berapa. Just tengok dia berniaga macam best, so saya pun teruja nak jadi macam dia jugak. Tapi, tak adalah terus je saya buat keputusan untuk berniaga. Risik-risik la jugak dulu. Takut jugak kalau kena tipu. Risau juga kalau perniagaan tu nanti rugi! Jadi, sesi soal jawab pun bermulalah:

Saya : Berapa modal nak mulakan bisnes Shaklee ni?
Peniaga online : Tak banyak, farah. RM75 seumur hidup jer. Bila bayar RM75 tu nanti, akan dapat business kit. Dalam business kit tu ada product guide, buku manual business, company info dll.
Saya : Oh, ya ke? (Dalam hati, rasanya RM75 tu tak adalah mahal. Masih boleh dipertimbangkan ni). Tapi tak retilah nak bisnes2 ni? Tak ada asas. Nanti siapa nak guide pulak?
Peniaga online : Takpe. Saya dulu pun tak reti jugak. Tapi ada group yang akan beri tunjuk ajar segala benda tentang bisnes Shaklee ni. So tak kan rasa sorang2 la nanti. Dalam group tu, memang semua jenis yang supportive!
Saya : Okay! Tapi macam mana pulak dengan bonus? Macam mana nak dapat bonus nanti? Kena maintain point ke?
Peniaga online : Bonus ni dikira ikut bulanan. Setiap awal bulan, point (UV) akan bermula dengan zero. Setiap pembelian produk akan dapat certain uv. Dan bonus akan dikira dari jumlah UV ni nanti. Tak perlu nak maintain point banyak2 pun. Kalau sales kita lebih, bonus kita pun lebihlah. Depends pada diri kita sendiri.
Saya : Kita kene simpan stok ke? Risau la kalau simpan stok tiba-tiba tak ada orang nak beli. Kan rugi tu! (Apalah saya ni, berniaga pun belum dah fikir rugi! Tak positif langsung kan.. ;p)
Peniaga online : Tak payah simpan stok pun tak apa. Mula-mula ni, biar Shaklee je yang uruskan. Bila dapat order dari customer, farah terus order kat Shaklee. And Shaklee akan charge RM10 untuk setiap penghantaran kepada customer. So mudah kan? Kita pun tak payah nak pening2 kepala fikir pasal rugi2 ni. Tapi kalau ada modal lebih bolehlah nak buat stok sikit-sikit. So nanti kalau customer nak urgent, kita pun tak kelam kabut!
Saya : Tapi, berapa hari pulak barang nak sampai kepada customer?
Peniaga online : Paling cepat sehari, paling lambat seminggu. Depends pada volume order pada satu2 masa. Kalau banyak sangat order dari SID lain, so maybe delay sket. Normally take 2-3 days. Ataupun kalau nak cepat, boleh terus pergi HQ Shaklee atau branches.
Saya : Cara bayar?
Peniaga online : Kata nak meniaga online kan? So bayar pun online jugak la. Hihi. Boleh je kalau nak bank in, nak transfer duit pun boleh jugak! Nak lagi mudah guna kredit kad or debit kad. Nanti emel la ke Shaklee kata nak order sekian2 barang dan dah buat payment. Attachkan sekali bukti pembayaran. Kalau nak fax or nak call je pun boleh.
Saya : Aah la. Betul la. Tak adalah susah sangat. Kalau macam tu tak ada masalah lah. Semuanya terpulang pada kita lah kan.
Peniaga online : Aah. Semuanya kita yang tentukan. Nak bonus 2 angka ke, 3 angka ke, 4 angka or 5 angka, kita yang decide. Tapi kalau aim besar, usaha pun kena lipat ganda jugak lah.. ;p
Saya : Tapi tak ke macam kayakan upline je?
Peniaga online : Eh, tak lah! Sekarang ni pun ada je pendapatan downline yang lebih tinggi daripada upline dia. Pokok pangkalnya siapa usaha lebih, dia dapat lebih. Siapa usaha kurang, kurang;ah juga hasilnya.
Saya : Oo.. okay2.. Thanks for the info. Saya nak register as member jugaklah.. ;)

Begitulah sejarahnya. Dialog di atas bukanlah 100% tepat tau! Tapi begitulah intipatinya. So after a few months involve dengan bisnes online Shaklee, bila difikirkan dan dikenag kembali, memang semua perkara di atas adalah benar. Tiada yang salah melainkan benar belaka. Lebih-lebih lagi bab bonus. Tahu, kita semua ni memang suka bila cerita pasal duit. Nak2 harga minyak dah naik sekarang ni. Lagilah orang duk berkira-kira pasal duit. Serious, memang boleh buat duit dengan bisnes Shaklee.. ;)

Bisnes Shaklee

Kesimpulannya, kalau kita usaha keras, tabah dan kuat hadapi segala cabaran yang datang, sabar dengan ujian yang diberi, selalu berdoa dan bertawakkal kepada Allah, pasti kita akan berjaya juga akhirnya. Bila dah berjaya, jangan lupa pula untuk ucapkan Alhamdulillah.. :D

1 comment:

  1. singgah dan follow sini no 8..jemputla follow blog zara nanti ye..time kcih..=D

    ReplyDelete