Faedah kurangkan berat badan


Assalamualaikum w.b.t

Perasan tak sekarang ni sana sini orang duk mempromosikan slimming product! Wah.. Macam-macam jenis brand ada, termasuklah Shaklee. Satu pesanan saya, berfikirlah dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Survey dulu kelebihan produk-produk berkenaan dan pastikan juga 3 perkara asas ni dipenuhi. Halal, Selamat & Berkesan. Check dulu ada kelulusan JAKIM & KKM atau tidak. Then, terpulang pada korang nak cuba produk yang berkenan di hati tu.

Opss.. panjang pulak intro! Korang tahu tak 2 daripada setiap 5 orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan ataupun dalam erti kata lain obesiti. Dan perkara ini adalah sangat serius. Sebabnya obesiti sering dikaitkan dengan penyakit kronik yang boleh mengancam nyawa seperti diabetes, penyakit jantung dan juga kanser. Ini bukan dongengan. Ini fakta tau! Jadi, memang patut pun ramai yang berusaha untuk kurangkan berat badan mereka, samada dengan bantuan suplemen ataupun tidak. And one thing. Suplemen bukan ubat kurus. Bukannya hari ini makan suplemen, esok dah kurang inchi, seluar dah longgar, baju dah boleh pakai saiz s. Nope.. nope.. nope..!! Suplemen hanyalah untuk membantu tubuh korang untuk membakar lemak secara semulajadi (normally dengan tingkatkan kadar metabolisma badan).

1 question! Korang nak kurus sebab nak sihat or sebab nak cantik? Saya pilih nak dua2. Hehe. Bagi saya kalau cantik dalaman, maka cantiklah luaran. Bila kita sihat, automatik kita nampak lebih bertenaga, lebih bersemangat, lebih ceria dan seterusnya lebih menarik! Jadi, jom kita tengok apa faedahnya bila kita kurangkan berat badan selain nampak cantik, anggun dan cun! 

Pengurangan 10% berat badan boleh:

① Mengurangkan 10mmHg tekanan darah sistolik dan 20mmHg tekanan darah diastolik pengidap hipertensi
② Mengurangan 10% kandungan kolesterol darah, 15% kolesterol - LDL dan meningkatkan 8% kolesterol - HDL
③ Mengurangkan lebih 50% risiko untuk mendapat penyakit diabetes
④ Mengurangkan 50% risiko untuk penyakit osteoartritis (sakit sendi tulang), jika 2kg/m2 atau lebih indeks jisim tubuh dapat dikurangkan
⑤ Mengurangkan risiko kematian disebabkan penyakit kanser berkaitan obesiti sebanyak 40-50%


Kurangkan berat badan


See? Inilah antara kelebihannya di sebalik kita nampak kurus, langsing dan ramping! Tapi kalau berat badan korang dah normal, janganlah pulak sibuk2 nak kurangkan berat badan lagi. Mentang2 nampak fakta pengurangan 10%  tu! Fakta ini hanyalah untuk mereka yang mengalami masalah obesiti. So sekarang pilihan di tangan anda. Nak sihat atau nak ‘sihat’?
 

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
sms/whatsapp : 017-6734603
emel : diana_1112@yahoo.com  
facebook : Kekal Sihat & Cantik bersama Qaseh-delima

No comments:

Post a Comment