Hidup Sihat di Pejabat


Assalamualaikum w.b.t
Selalunya kalau di ofis ni mesti ada je rasa nak mengunyah. Dapat pulak teman2 yang baik yang rajin menghulur makanan. Orang kata rezzeki jangan ditolak! So apalagi. Laju je lah tangan menerima dan seterusnya masuk dalam perut. Bagi yang terlalu banyak beban kerja pula, kadang-kadang sampai tak sempat nak makan. Punyalah komited pada kerja kan. Tak bolehlah macam tu, walau kita bekerja, makan tetap kena jaga. Kalau skip makan, perut masuk angin, siapa susah? Sendiri jugak!!

Apa kata kita tukar kepada gaya hidup yang lebih sihat. Selamat membaca, readers!

① Kekerapan mengunyah snek
Biskut, snek ringan atau kerepek merupakan antara makanan yang ‘wajib’ ada di tempat kerja. Senang. Lapar je, boleh terus makan. Tak lapar pun tetap nak makan juga. Sebab dah terbiasa. So, apa yang boleh kita buat, jangan letakkan snek di dalam laci kerja. Ataupun bawa siap2 snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, yogurt atau kekacang. Bila ada yang offer makanan ringan, katakan “It’s okay. Saya ada snek saya sendiri”.

② Jangan terlalu banyak minum teh atau kopi
Perasan tak kat pantry ofis mesti ada kopi / nescafe / teh! Semua untuk memudahkan pekerja2 untuk basahkan tekak (Sebenarnya nak elakkan pekerja dari minum di luar).  And ada yang memang jadikan minuman2 ni sebagai peneman setia semasa bekerja. Tak elok tau amek kafein banyak2. Dari minum minuman tersebut berkali2, apa kata kita tukar kepada minuman lain yang lebih sihat seperti teh hijau, air limau nipis atau jus buah. Tak pun minum air kosong pun okay jugak. Badan lebih terasa segar.

③ Banyakkan minum air mineral
Cubalah minum air kosong dengan lebih banyak. Walaupun lepas tu korang akan kerap ulang alik ke toilet. Sebabnya kalau kurang minum air dalam jangka masa oanjang, ianya boleh sebabkan sembelit, gangguan pencernaan, dehidrasi dan membuatkan kita rasa lapar dan kulit kelihatan kusam. Susah nak minum air waktu di pejabat? Itu hanya alasan. Korang boleh letakkan 1 liter botol air di atas meja kerja, dan pastikan minuman tu habis sebelum pulang dari kerja.

④ Elak makan malam
Biasanya bila habis waktu kerja, mesti ada teman2 sekerja yang ajak lepak2 makan2 dulu sebelum pulang ke rumah. Dan kebiasaanya bila tengah malam mulalah perut rasa lapar. Jangan mengalah dengan rasa lapar tu, sebab sebenarnya badan kita penat and need rest. Itu sahaja dan bukannya nak mencari makanan sangat pun!

⑤ Elakkan makan banyak di hujung minggu
Mungkin ada yang terfikir untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas berpenat lelah bekerja selama satu minngu. Perlu diingat ye, makan sepuasnya pada hujung minggu bukanlah cara yang betul untuk dipraktikkan dalam amalan pemakanan. Cuba lakukan aktiviti lain seperti beriadah. Hati tenang di samping boleh menjaga berat badan juga.

No comments:

Post a Comment