Jantung Sihat Bermula di Rumah


Assalamualaikum w.b.t
Readers, jom kita lakukan seperti saranan di bawah. Tahu tak dengan mengubah kepada amalan dan cara hidup yang sihat, kita mampu mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (yang merupakan pembunuh no 1 di Malaysia). Segala-galanya bermula di rumah.

Jadikan rumah anda kawasan larangan merokok. Ini bukan sahaja memanfaatkan anda, tetapi yang lebih penting melindungi kesihatan anak-anak anda. Jika anda berhenti merokok sekarang, anda akan berjaya mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular sebanyak 50% dalam tempoh satu tahun sahaja.

② Aktifkan “ hidup” anda. Setiap ahli keluarga perlu berusaha untuk mengurangkan masa riadah di hadapan TC atau komputer kepada kurang dari 2 jam setiap hari. Rancang aktiviti fizikal atau senaman di luar rumah, sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Ketahui keperluan kalori harian anda yang sesuai dengan gaya hidup yang anda amalkan. Anda perlu bijak membuat pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat, dan imbangi pengambilan makanan (kalori) dengan tahap aktiviti fizikal anda. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan gula.

Ketahui BMI anda dan kekalkan berat badan yang unggul dengan mensasarkan BMI kurang dari 23kg/m2. Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa pengurangan berat badan sebanyak 10% mampu mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kardiovaskular dan diabetes

Ketahui tahap kesihatan anda. Pastikan anda dan ahli keluarga menjalani ujian saringan faktor risiko NCD setiap tahun, merangkumi pemeriksaan tekanan darah, aras gula dan kolesterol dalam darah, pemeriksaan BMI dan ukurlilit pinggang. Minta doktor terangkan tahap risiko anda.

Tangani stres dengan bijak. Individu yang mengalami stres yang keterlaluan lazaimnya mempunyai tabiat yang tidak sihat seperti merokok, makan secara berlebihan dan meminum alkohol secara tidak terkawal

Hidup sihat tanpa alkohol. Pengambilan alkohol secara berlebihan, termasuk binge drinking boleh memudaratkan kesihatan dan jantung anda.

[Kenyataan akhbar; Jantung Sihat Bermula di Rumah; Hari Jantung Sedunia; 29 September 2011]

Kesihatan jantung


Dengan amalkan saranan di atas, secara tak langsung kita mampu untuk mengurangkan beban akibat penyakit kardiovaskular. Bagaimanapun, perlu diingat tak semua penyakit kardiovaskular boleh dicegah. So, kalau anda mensyaki ada ahli keluarga yang mendapat serangan sakit jantung atau strok, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
sms/whatsapp : 017-6734603
emel : diana_1112@yahoo.com  

1 comment:

  1. terima kasih di atas perkongsian.. bersamalah kita menjaga jantung kita..

    ReplyDelete