Kebaikan CoQ10 dalam tubuh kita


Assalamualaikum w.b.t
Seperti yang diwar-warkan sebelum ni, suplemen CoQHealth Plus ni mengandungi campuran CoQ10 dengan vitamin E dan ekstrak teh hijau. Campuran ini didatangkan dalam kapsul bioketersediaan  dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan lebih baik. Tapi, uolls tahu tak apa itu CoQ10? Mungkin selalu dengar tapi diri sendiri blur apalah bendanya koenzim Q10 ni kan. Nak tahu, teruskan membaca. Tak salah pun menambah ilmu, untuk kesihatan diri sendiri juga!

Apa itu koenzim Q10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kita?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.



CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.

Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

Berapakah jumlah pengambilan dieteri Koenzim Q10 yang kita perlukan?

Pengambilan dieteri harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Sila lihat carta di bawah untuk melihat jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil.

Jenis makanan
Sajian
CoQ10 (mg)
Daging
85 gram
2.6
Ayam
85 gram
1.4
Kekacang panggang
28 gram
0.8
Brokoli rebus
½ cawan, dipotong dadu
0.5
Oren
1 biji saiz sederhana
0.3
Strawberi
½ cawan
0.1
Telur rebus
1 biji saiz sederhana
0.1
Sumber : J Food Comp Anal. 2001;14(4):409-417

Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya menghasilkan sebanyak 688.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20 tahun.



Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolesterol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh. Justeru pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita.

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
sms/whatsapp : 017-6734603
emel : diana_1112@yahoo.com  

No comments:

Post a Comment