Kulit anda kering?

Assalamualaikum w.b.t
Uolls ada masalah kulit kering tak? Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kulit kering, mungkin boleh cuba tips2 di bawah ni. Simple but useful!

① Banyakkan minum air kosong
Air kosong adalah ubat pelembab kepada mereka yang mengalami kulit kering. Ketika muka alami kekeringan kulit, ini bermaksud tubuh badan kurang air dan menyebabkan kulit jadi kering. Minumlah air kosong dengan banyak di mana memadai dengan 8 gelas air sehari kemudian kurangkan pengambilan minuman ringan yang mengandungi gula yang tinggi.

② Kurangkan mandi dengan air suam atau panas
Apabila anda kerap kali mandi dengan menggunakan air panas, ianya akan merosakkan kelembapan kulit. Gunalah air dingin atau sejuk ketika mandi untuk bantu kulit memperoleh kelembapan semula melalui pori-pori

③ Guna pelembab kulit
Gunakan pelembab kulit yang sesuai dengan kulit selepas mandi yang biasa anda gunakan. Pilih pelembab berbentuk krim kerana mengandungi lebih banyak kandungan minyak di dalamnya berbanding pelembab lain.

④ Tidak menggunakan kosmetik dari bahan kimia
Seharusnya ketika ingin memulihkan kulit kering hindarkan penggunaan bahan kimia pada tubuh. Hal ini akan menyukarkan anda untuk atasi masalah kulit kering itu. Gunalah rawatan tradisional untuk merawat seperti daun lidah buaya dan mentimun untuk memperoleh kulit segar dan sihat.

⑤ Jauh dari rokok
Ini adalah salah satu sebab utama kulit menjadi semakin kering. Seperti yang kita tahu, rokok diperbuat daripada tembakau dan difahamkan tembakau mengandungi racun yang boleh merosakkan kulit manusia

Betul tak? Simple but useful!

No comments:

Post a Comment