Protein ESP bantu mengurangkan simptom pedih ulu hati


Assalamualaikum w.b.t
Pengalaman berkejar ke hospital pada pukul 2 pagi amat menakutkan. Masih teringat sampai sekarang macam mana sakitnya ulu hati saya pada masa tu. Terasa menyucuk-nyucuk dan sakit sangat. Apabila berjumpa doktor, badan saya sangat lemah. Tekanan darah saya jatuh 40/60. Waktu tu tak fikir apa dah. Buatlah apa sahaja doktor, asalkan sakit itu hilang atau setidak-tidaknya kurang rasa sakit itu.

Alhamdulillah, ujian darah dan ujian MRI saya tak ada masalah. Maknanya bukan serangan jantung, juga darah saya tidak dijangkiti kuman atau virus. Hanyalah angin yang telah melepasi bahagian atas abdomen saya. Sebab itulah terjadinya pedih ulu hati. Dan doktor menyatakan kemungkinan saya ada sakit gastrik.

(Maaf ye doktor. Itu pengalaman pertama saya. Saya tak tahu itu pedih ulu hati | gastrik. Saya ingatkan sakit jantung. Maaf sebab panik dan maaf sebab termuntah di hospital. Malu..!!)

Aik.. tiba-tiba pulak teringat cerita lama ni. Bukan apa, last two days, ada someone bertanyakan saya tentang suplemen Shaklee yang sesuai untuk orang gastrik. Katanya dia dah bosan makan ubat yang sama tiap kali pergi klinik. And now macam dah alah dengan pain killer sampai doktor pun takut nak bagi ubat. So dia nak mencuba alternatif lain bersama Shaklee. So before that, nak kena tahu jugalah kan apa puncanya gastrik ni.

Sebab terjadinya pedih ulu hati
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat.

Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD)

Tanda dan gejala terjadinya pedih ulu hati
  • Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak
  • Sendawa
  • Batuk yang teruk
  • Suara menjadi serak
  • Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.

Bagaimana untuk atasi masalah pedih ulu hati
Apa yang saya buat, saya akan pastikan saya makan pada setiap kali waktu makan atau pada ketika saya lapar. Paling tidak pun sedikit. Saya kurangkan makan makanan yang berangin seperti teh dan cendawan. Kedua-duanya adalah kegemaran saya. Saya pergi berurut untuk keluarkan angin. Terima kasih Mama Yati. Saya banyak minum air sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. Saya pakai stokin apabila dalam keadaan sejuk ataupun apabila beralaskan lantai sejuk. Saya melakukan senaman ringan untuk meningkatkan kesihatan diri.

Untuk suplemen Shaklee pula, saya amalkan minum protein ESP setiap pagi. Kenapa ESP? ESP ni merupakan sumber protein daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang bersifat alkali dan dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Pada awalnya saya just amek ESP as breakfast. But then, baru perasan lepas minum je ESP mesti sendawa2 keluar angin. Dan lama-lama memang terasa badan ringan dan angin pun kurang! Tapi makan memang kena jagalah.. Normal la tu kan..

ESP

Kesannya? Dulu masa mula-mula kena, saya tak berani nak berpuasa tetapi sekarang, Alhamdulillah, tiada masalah untuk berpuasa. Cuma perlu ambil tahu yang kesannya terhadap individu lain mungkin berbeza. Even masa saya mula2 minum ESP, badan saya memang banyak angin. So saya akan minum ESP then terus makan (makan je apa2..). Barulah angin menderu2 keluar. And after that, Alhamdulillah. Kene rajin bereksperimen jugak kesan suplemen ni terhadap tubuh sendiri.

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
sms/whatsapp : 017-6734603
emel : diana_1112@yahoo.com  
facebook : Kekal Sihat & Cantik bersama Qaseh-delima

2 comments:

  1. Info yang menarik mengenai penggunaan protein ESP dalam mengawal masalah pedih ulu hati.

    ReplyDelete