Semangat yang hilang


Assalamualaikum w.b.t
Pernah tak korang rasa hidup ni macam kosong jer. Macam tak ada matlamat hidup! Ni saja nak cerita. Dah dua tiga hari saya ada rasa macam ni. Bukan hilang semangat terus. Tapi saya lost! Saya jadi tak tahu apa yang saya nak dalam hidup ni. Maybe sebab terlalu banyak benda yang nak dikejar? Lalu membuatkan semuanya tak terkejar?

Okay2.. Walau dalam hati ada rasa tak best, saya selalu berdoa supaya hati saya tenang. Selalu pujuk hati akan janji-janji Allah. Ingatkan diri sendiri jugak supaya jangan putus harapan. Keep on praying. Peneman setia adalah mp3 zikrullah.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

Dan akhirnya, saya mula nampak cahaya. Tengah hari tadi, dek kerana terlalu mengantuk, saya tidur for one hour and half. Lama tu! Nak tahu kenapa saya terbangun? Dapat notification kat hp. Check handphone, ada 241 message di whatsapp. Banyak gila kot. So saya pun bacalah dari mula hingga ke penghabisannya. Guess what? Semuanya message tu tentang semangat berkobar-kobar rakan-rakan SID dalam menentukan hala tuju perjalanan masing-masing. Banyak sekali kata-kata semangat yang diberikan. Tentang cabaran dan dugaan yang masing-masing kena tempuh. But still, they succeed!

Zapp! Tetibe saya macam tersedar. Betapa tertinggalnya aku! Orang lain berlumba-lumba ke hadapan. Apa jua cabaran, semua diorang tempuh. Aku? Kan Allah dah kata, Dia tak akan ubah nasih sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri. Daripada dok fikir bilalah nasib aku nak berubah, bukankah better if kita yang ubahnya sendiri. Perlahan-lahan semangat baru datang. 10 hari lagi? Apa ada hal? Kalau kita berusaha, Allah pasti akan bantu kita. Believe in miracles. Then miracles will happen! In shaa Allah.

Sabar

Kesimpulannya, bila tiba-tiba hati kita rasa kosong, maka kuatkanlah hati tu. Jangan ikutkan hati dan perasaan sangat. Kelak kita yang rugi sendiri. So kepada readers, apapun yang berlaku dalam hidup, jangan putus asa! Kita semua punya impian masing-masing, so jom kita sama-sama berusaha untuk capai impian itu. Dan percayalah sedikit kata-kata semangat daripada kalian sudap cukup untuk membuatkan saya rasa kuat!

4 comments:

  1. Thanks for sharing! Really need this now. Huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Berusaha dan terus buerusaha.. success menantimu dihadapan^^

    ReplyDelete
  3. Vee Lea, moga kita sama-sama kuat untuk tempuh cabaran dan dugaan hidup ye.. ;)

    ReplyDelete
  4. Nurul Hidayah, terima kasih! sangat hargainya.. ;D

    ReplyDelete