Setahun bersama Shaklee


Assalamualaikum w.b.t.
Sedar tak sedar, dah setahun saya bersama Shaklee. Rasa sekejap je masa berlalu. Tahun lepas (2012), di bulan Oktober ni, saya sibuk mempromosikan protein ESP. Dan Alhamdulillah. Seingat saya 2-3 canister ESP juga terjual. Buat permulaan, okay sangatlah kan. Yang penting dah keluar dari ‘comfort zone’. Dari tak ada buat apa-apa, dah ada bisnes sendiri. Wow, bisnes tu!

Antara cabaran dan dugaan terhebat sepanjang saya bersama Shaklee ni, tentunya sales bulanan! Al-maklumlah. Saya ni bukannya graduan dalam bidang perniagaan. So kene berusaha lebih sikit dalam bab marketing dan memenangi hati customer. Mujur jugak lah saya join group yang sememangnya beri coaching tentang 2 benda ni. So bila blur atau rasa macam tak ada orang nak beli, refer je kat mentor2 ni. Biasanya, memang menjadi! Seronok tau! Alhamdulillah. Bulan berganti bulan. Sales makin lama makin bertambah. Berkat usaha dan tunjuk ajar mentor2. Semestinya dengan izin Allah jua.

Sepanjang 1 tahun bersama Shaklee memang dapat banyak pengalaman. Saya menyifatkan pembabitan 6 bulan pertama sebagai suka-suka atau cuba-cuba sahaja. Lama-lama jadi serornok. Bila tengok orang dapat bonus 4-5-6 angka, saya pun jadi teruja. Hehe.. Itu pentingnya berada di kalangan mereka yang berjaya. Sedikit sebanyak kita pun akan terikut2 nak berjaya macam diorang jugak! Lagipun perkara baik. Tingkatkan kualiti hidup kita. Bantu ahli keluarga, sedara-mara, kawan-kawan dan orang yang memerlukan. Sharing is caring..~

“Your future life will be exactly what you decide to make it”
- Dr Forrest C. Shaklee

Start bulan April 2013 baru saya serius dengan bisnes Shaklee. Saya start letak target untuk bisnes Shaklee. Saya nak menjana income 4 angka bersama Shaklee. Saya mahu bonus Shaklee melebihi gaji bulanan saya. And only after that, saya akan resign dan buat Shaklee fulltime. Target adalah hujung Dec 2013. Menjadi atau tak, kita tengok nanti entry bulan 12 nanti ye!

Lagi. Banyak juga ilmu yang nak kene hadamkan bila nak berbisnes. Nak jual produk, kena tahu produk tu betul2. Segala-galanya. So nanti bila customer tanya tak adalah tergagap2 nak jawab. So saya practice communication skill ni dengan kawan2 dan ahli keluarga la. Bila kita tunjukkan any product kat diorang, mesti diorang banyak tanya punya. So dari situ kita boleh jangkakan soalan daripada customer. Still, we have to do our own research. Bacalah kat buku product guide atau buku2 berkaitan kesihatan. Galilah dekat artikel2 atau perbincangan ahli kumpulan. Tanyalah pada upline2 atau kawan2 SID yang lain. Yang bestnya semua pun tak kedekut ilmu. Sharing is caring..~

Pengalaman dengan customer. So far, Alhamdulillah. Customer saya semua baik2. Hehe. Yang penting kita kena jaga kebajikan diorang. They put some trust on you. Lebih2 lagi customer yang tak pernah bertentang mata ni. Hanya di alam maya. Jadi balasannya, kenalah give the best service to them. Inilah yang selalu saya sematkan di hati ni. Dan harapannya agar sampai bila-bila pun jua. Eh, customer pun lama-lama boleh jadi kawan jugak tau!

Emosi up and down tu memang normal. Lebih2 lagi kita buat part  time kan. Nak kejar kerja ofis, nak kejar kerja rumah lagi. Ni tambah lagi satu. Nak kejar buat bisnes pulak. Haha. NO PAIN NO GAIN. Berkorbanlah sikit kan. Buat permulaan ni je pun. Macam yang saya cakap tadi, bisnes Shaklee saya akan jadi bisnes fulltime saya satu hari nanti. End of Dec ni. In shaa Allah. Tak lama je lagi. So bertahanlah. Mujur ada ahli keluarga yang sangat2 memberi sokongan. Ada kawan-kawan yang sangat memahami. Ada ahli group yang selalu ingat-mengingatkan. Syukur.

Ops panjang pulak dah! Inilah antara pengalaman saya bersama Shaklee. In shaa Allah, pengalaman2 ini aka bertambah selari dengan masa. Doakan saya, okay semua!


No comments:

Post a Comment