Kepentingan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum w.b.t.
Berita baik buat ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi anda. Hari ini saya nak cerita sedikit tentang kepentingan penyusuan susu ibu. Kepentingan untuk ibu dan kepentingan untuk bayi.

Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah BERSIH, SEIMBANG dan PALING SESUAI UNTUK BAYI. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebenarnya, susu pertama anda dinamakan kolostrum dan hanya terdapat dalam susu ibu. Kolostrum mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari-hari pertama selepas lahir. Di samping itu, kolostrum juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit birit, radang paru-paru dan selesema. Jadi, ternyata susu ibu amat penting untuk bayi sebab tiada makanan lain yang dapat memberikan khasiat yang sehebat ini.

Mengapa penyusuan susu ibu paling sesuai untuk bayi?

Penyusuan ibu menampilkan aneka kelebihan untuk bayi anda. Antaranya:
1- Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar
2- Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkutan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru
3- Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi
4- Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak
5- Ia mengurangkan risiko pemcemaran yang mungki n berlaku dalam kaedah penyusuan lain
6- Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperoleh dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai
7- Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya
8- Menjalin hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain

Mengapa penyusuan susu ibu paling baik untuk anda?

Menyusu bayi dengan susu ibu juga baik untuk ibu. Berikut adalah sebab-sebabnya:
1- Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung
2- Berita baik! Boleh melangsingkan badan kalau and ajuga membuat senaman
3- Ia membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan
4- Ia mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari
5- Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa

Bukankah ini menguntungkan anda?

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
  sms/whatsapp : 017-6734603
emel : diana_1112@yahoo.com  
facebook : Kekal Sihat & Cantik bersama Qaseh-delima

No comments:

Post a Comment