Masalah Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum w.b.t

Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama mungkin mengalami sedikit masalah untuk dua minggu pertama dalam penyusuan susu ibu. Berikut adalah beberapa masalah yang sering dialami:

① Bengkak buah dada

Punca:
 Jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, buah dada akan jadi padat dengan susu. Buah dada anda akan terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.

Penyelesaian:
Sebelum menyusu, perah buah dada dengan perlahan-lahan untuk melembutkannya. Ini akan memudahkan bayi menghisap puting dan aerola. Anda juga akan merasa kurang sakit.
1- Jika buah dada anda masih keras sekepas menyusu, perahkan baki susunya. Tuamkan buah dada untuk melegakan kesakitan
2- Pakai coli yang mengampu buah dada dengan baik
3- Tentukan kedudukan anda betul dan bayi menetek dengan berkesan. Jangan hadkan penyusuan. Menyusulah dengan lebih kerap.

② Puting yang luka atau merekah

Punca:
Jika bayi hanya menghisap puting dan tidak areolanya, ini akan menyebabkan puting luka atau merekah.

Penyelesaian:  
1- Pilih kedudukan yang sesuai dan selesa. Dekatkan bayi ke buah dada dan bukan sebaliknya.
2- Pastikan bayi menghisap puting bersama areolanya. Oleh itu mulutnya haruslah terbuka luas dan dagunya menyentuh buah dada anda.
3- Amat penting anda terus menyusukan anak dalam kedudukan yang betul.
4- Beri hisap buah dada yang tidak sakit dahulu. Bila susunya mengalir dengan elok, beralihlah ke buah dada yang sakit itu.
5- Selepas menyusu, masukkan hujung jari anda ke penjuru mulut bayi. Kemudian alihkan bayi dengan perlahan dari buah dada anda.
6- Sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu untuk membantu memulihkannya. Elak daripada menggunakan sabun, krim atau losyen pada puting.
7- Dedahkan puting anda ke udara sekerap mungkin. Elak daripada memakai coli sehingga kesakitannya reda.
8- Jika putingnya selalu sakit, dapatkan nasihat doktor. Sementara itu, perah susu anda agar pengeluaran susu tidak terjejas dan bayi terus disusui.

③ Kekurangan Susu Ibu

Punca:
Pengaliran susu anda akan menyusut kerana kurang rangsangan akibat faktor-faktor berikut:
1- Jika anda tidak membenarkan bayi menghisap sekerap yang ia hendak
2- Jika anda mula memberikan makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol
3- Jika anda memberi bayi menghisap sebelah buah dada sahaja.

Susu anda juga akan menyusut:
1- Jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu
2- Jika anda menghadapi tekanan emosi

Penyelesaian:
1- Susui bayi anda sekerap mungkin dan sekerap dikehendakinya.
2- Cuba susui bayi and pada setiap 2 jam
3- Susui bayi anda dari kedua-dua belah buah dada
4- Perbaiki pengambilan makanan anda. Lebihkan makanan membina badan (seperti ikan, ayam, daging, telur, susu, kekacang, biji-bijian dan kacang) dan makanan mencegah penyakit seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
5- Yakini diri sendiri. Anda boleh menyusu bayi anda
6- Cuba tenangkan diri anda



Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
  sms/whatsapp : 017-6734603
emel : diana_1112@yahoo.com  

No comments:

Post a Comment